Seorang suami yang tidak mahu mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir akibat apabila si isteri menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman web popular.
Viral satu hantaran di akaun TikT0k milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.
@miakurniawan01 goreng arwana?#fyp
Isterinya meminta suami untuk membersihkan akuarium yang terlalu kotor itu, namun arahannya itu tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.
Disebabkan tidak tahan melihat akuarium itu yang terlalu kotor maka dia mengambil keputusan untuk membersihkannya sendiri.
Tetapi si isteri tidak tahu cara yang betul untuk melakukan atau mencucinya dan ia menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.
“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.
“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.
Oleh itu, wanita tersebut telah membuat keputusan untuk menggoreng ikan itu. Walau bagaimanapun beliau tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.
Video tersebut viral, malah netizen juga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.