Orang kata ‘Makin Kurus Makin Menjadi’, mungkin itulah yang boleh diibaratkan apa yang berlaku kepada Isteri Syuk Sahar ,Rossa Serra yang kini tampil lebih cantik dan semakin berani.
Memuatnaik video di aplikasi TikTok isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dia mendakwa dirinya memiliki wajah yang mirip kepada mendiang pelakon Thailand Tangmo Nida.
Mengenakan busana jubah hijau dalam video berkenaan, Rossa membuat kapsyen “Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo? Yeke?” tulisnya.
@rossa.sera yeke? ? @inayahbeauty #fyp ♬ bunyi asal – Cikputerimisha? GSTT? – Puanputerimisha? GSTT?
Artikel berkaitan; Lepas Kereta Masuk Longkang,Kini Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Untuk Hidup
Baca juga ; Dijual 1.2 Juta, Siapakah Pemilik Baru Banglo Mewah Shuk Sahar?
Seaakan memberikan ruang kepada netizen untuk membawang , Rossa Serra dikecam dan dilabel ‘overclaim’ dan dikatakan ‘syok sendiri’ oleh pengikut yang meninggalkan komen di ruangan video berkenaan.
Malah ada yang menasihatkan Rossa supaya tidak membuat konten seperti itu kerana akan memalukan dirinya sendiri walaupun mereka tahu Rossa sedang mempromosikan produk yang telah diambil olehnya sehingga memberikan hasil yang membawa perubahan imejnya sekarang.
Baca lagi ; Tunjuk Spray Nyamuk, Rossa Serra Bagi Amaran Kaki Sondol
Namun ada juga yang menasihatkan netizen agar tidak terlalu ‘bitter’ dengan konten Rossa , katanya ia hanyalah sekadar suka-suka namun menjadi sebaliknya. -onviral