iStudent adalah satu portal yang dibangunkan oleh pihak UITM untuk memberi kemudahan buat pelajar dalam berurusan berkaitan perkhidmatan UITM.
Semakin hari teknologi semakin berkembang dan menjadi semakin canggih. Justeru itu, kerana perkembangan teknologi yang semakin canggih kebanyak institusi pengajian mula mewujudkan portal student masing-masing.
Ini kerana, dengan adanya portal pelajar sebegini, ia sangat membantu pelajar dalam urusan pembelajaran mereka. Justeru itu, UITM mula mewujudkan portal pelajar yang di panggil sebagai iStudent.
Cara Mendaftar Portal iStudent
Portal iStudent bukanlah satu portal yang asing buat pelajar UITM. Ini kerana, dengan adanya portal ini ia membantu pelajar UITM dalam berurusan dengan pihak UITM berkaitan pelajaran, pendaftaran subjek, jadual kelas dan sebagainya. Namun begitu, untuk menggunakan portal ini, para pelajar perlulah membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Cara untuk emmbuat pendaftaran akaun adalah seperti berikut:
- Mula-mula sekali anda perlu pergi ke Portal Rasmi iStudent atau anda boleh klik sini
- Klik di “Click Here to Recover” untuk login kali pertama
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
- Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
Baca Juga: MUET- Jadual Pendaftaran MUET 2021 Sesi 2
Fungsi Yang Terdapat Di Dalamnya
Dalam portal iStudent ini, ada bermacam perkhidtan yang disediakan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan tersebut adalah untuk memudahkan para pelajar untuk berurusan dengan UITM dan juga memudahkan pelajar untuk mendapat segala maklumat berkaitan UITM. Selain itu, di portal iStudent ini juga menyimpan segala maklumat penting bagi pelajar-pelajar UITM untuk tujuan rujukan pihak UITM. Antara fungsi yang terdapat di dalamnya ialah:
1 eAcademic
Ini adalah fungsi utama yang terdapat di daalam iStudent Portal UITM. Ia menyediakan bermacam perkhidmatan berkaitan pembelajaran pelajar. Senarai penuh fungsi dalam eAcademic adalah seperti berikut:
- eCourse Registration System (eCR)
- Special LEave Application
- Class Timetable
- Examination Slip
- Examination Result
- Appeal Extension of Study
- Academic Transcript Application
2- iLearn Portal
Senarai penuh fungsi dalam iLearn Portal adalah seperti berikut:
- iClass
- SuFO
3- FinePortal
Senarai penuh fungsi dalam FinePortal adalah seperti berikut:
- Student Bills
Sebagai contoh, anda boleh buat semakan bayaran yuran dan bil dengan menyemak transaksi bayaran melalui Internet Banking
4- eHEP
Dalam UiTM Student Portal, ini adalah fungsi yang berkaitan tentang Hal Ehwal Pelajar secara keseluruhannya.
Senarai penuh fungsi dalam eHEP adalah seperti berikut:
- e-Kolej
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
Portal iStudent Kini Boleh Dilayari Melalui Telefon Pintar
Kesimpulanya, dengan adanya portal pelajar seperti iStudent ini, ia sangat membantu peajar dan dalam pada masa yang sama sangat menjimatkan masa. Justeru itu, portal pelajar adala salah satu portal yang sangat penting buat pelajar. Di sinilah tempat mereka mendapat segala maklumat mengenai pegajian mereka dan mendaoatkan segala maklumat mengenai segala aktiviti universiti.
Selain dari melayari portal iStudent melalui portal rasminya, UITM juga telah membangunkan perisian iStudent untuk telefon pintar. Bagi mendapatkan aplikasi iStudent di telefon pintar anda boleh memuat turunya di Google App store atau anda boleh klik di sini