‘Jadi Kecaman & Bahan Lawak’,Ajai Keterlaluan Komen,Iqbal Zulkefli Minta Kata Semangat

Tersingkirnya Iqbal di minggu kedua dalam pentas Big Stage pastinya sesuatu yang dapat dijangka selepas mendapat kecaman pada kemunculannya di minggu pertama minggu lepas.

Menyanyikan lagu Ketahuan Matta Band , Iqbal hanya mampu mendapat markah 4% dari Ajai,Tokti 20% dan Aina sebanyak 10% menjadikan Iqbal peserta paling bawah sekali dalam senarai peratus undian sebanyak 9% diakhir rancangan sekaligus menyingkirkan Iqbal dari pentas Big Stage.

Jika anda menonton siaran minggu pertama lagi Ajai telah memberikan kritikan pedas terhadap persembahan Iqbal.


Kata Ajai ketika memberikan komen ‘kamu tak berbakat dalam bidang nyanyian,berpijaklah dengan kenyataan bahawa bakat nyanyian itu tidak ada pada kamu.Belajar dalam 3 hari tak boleh menjadikan kamu penyanyi.Mmepunyai duit pun tidak menjadikan kamu penyanyi”

Tambah Ajai lagi ‘jagalah maruah ,jangan jadikan bahan lawak untuk orang’

Tambah DSV sendiri mewakili komen dan pembaca tweet bagi jabatan netizen, DSV akhirnya akui industri hiburan memerlukan seorang yang berbakat untuk pentas Big Stage dan Iqbal tidak layak untuk berada dalam gelanggang Big Stage.

Menerusi perkongsian entri Insta Story Iqbal pagi ini, Iqbal dilihat meminta kata semangat dari para pengikut instagramnya dan ramai yang memberikan komentar positif buat Iqbal dan ada yang menyatakan komen Ajai keterlaluan sebagai seorang juri. Namun,itu adalah tanggungjawabnya terhadap kerja dan tugas yang digalas.

Baca: Iqbal Dapat Tawaran Berlakon Dengan Zul Ariffin & Mimi Lana

Baca juga : Tergamak Bagi 5 Markah Pada ‘Abe Bal’, DSV Bertentang Mata Dengan Ajai 

Apapun, majulah industri hiburan dengan lebih positif dan yang terbaik untuk Iqbal diluar sana.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress