Penerima bantuan STR Fasa 4 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1, 2 & 3 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Semakan Status STR
-
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 26 Jun 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4
Maklumat Lanjut
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.