Jadual gaji kerajaan 2021. Perkara yang paling menggembirakan bagi mereka yang bekerja ialah apabila mendapat gaji.
Pada waktu ini, terasa hilang segala penat lelah setelah sebulan bekerja. Lebih-lebih lagi apabila dengan gaji tersebut kita dapat membeli barang yang kita idam-idamkan selama ini. Kami yakin apabila tiba sahaja hari gaji anda masuk, waktu ini masing-masing sudah mula terbayangkan apa yang hendak anda lakukan dengan hasil duit gaji tersebut.
Apa Jadual Gaji Kerajaan 2021??
Namun begitu, dalam kegembiraan kita dapat gaji, sedar atau tidak jadual gaji bagi kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta sangat berbeza. Bagi kakitangan kerajaan di seluruh Malaysia akan dapat gaji pada tarikh yang sama.
Tetapi untuk kakitangan swasta akan mendapat tarikh yang berbeza-beza walaupun berada dalam sektor yang sama. Jom kami bagitahu jadual gaji kerajaan 2021.
Senarai Tarikh Gaji Kakitangan Awam Kerajaan Bagi Tahun 2021 | ||
Bulan | Tarikh | Hari |
Januari | 25.01.2021 | Isnin |
Februari | 09.02.2021 | Selasa |
Mac | 18.03.2021 | Khamis |
April | 22.04.2021 | Khamis |
Mei | 06.05.2021 | Khamis |
Jun | 14.06.2021 | Isnin |
Julai | 14.07.2021 | Rabu |
Ogos | 19.08.2021 | Khamis |
September | 23.09.2021 | Khamis |
Oktober | 25.10.2021 | Isnin |
November | 25.11.2021 | Khamis |
Disember | 20.12.2021 | Isnin |
Tarikh Penting Berkaitan Gaji Kakitangan Awam Kerajaan Tahun 2021 |
|
Tarikh | Perkara |
12 & 13 Februari | Tahun Baru Cina |
13 & 14 Mei | Hari Raya Puasa |
30 & 31 Mei | Hari Pesta Kaamatan |
1 & 2 Jun | Hari Gawai |
20 & 21 Julai | Hari Raya Haji |
4 November | Hari Deepavali |
25 Disember | Hari Krismas |
Bagi kakitangan kerajaan, jadual pembayaran gaji ini sama untuk semua negeri.
Dekat Mana Nak Dapatkan Penyata Gaji Untuk Mereka Yang Bekerja Kerajaan??
Untuk anda yang bekerja sebagai penjawat awam, anda boleh mendapatkan penyata gaji anda setiap bulan di sini. Untuk memudahkan lagi anda, seeloknya cetak dan simpan penyaa anda. Ini kerana, di dalam sistem ini.
Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2021 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sekiranya terdapat perubahan, jadual / tarikh pembayaran gaji penjawat awam kerajaan akan dikemaskini dengan kadar segera.
Baca Juga : Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online
Rancang Perbelanjaan Dengan Bijak
Dengan adanya jadual gaji kerajaan, ia membuatkan kita dapat merancang kewangan kita dengan lebih teratur. Terutama, sekali apabila musim perayaan tiba. Jad, apabila kita dapat merancang kewangan dengan lebih teratur, takdelah kita mengahdapi masalah kewangan nanti.
Justeru itu, apabila dapat sahaja gaji jangan terus berbelanja. Rancang dahulu wang gaji anda dengan sebaiknya. Bagi yang bekerja kerajaan, jadikan jadual gaji kerajaan ini sebagai panduan untuk anda merancang kewangan anda dan keluarga anda dengan sebaiknya.
Jadual Gaji Kerajaan Sangat Penting Dalam Menguruskan Kewangan Mereka
Kesimpulanya, dengan adanya jadual gaji kerajaan yang di guna pakai oleh kakitangan kerajaan di seluruh negara, ia secara tudak langsung dapat membantu dalam menguruskan kewangan.
Ia sekali gus dapat mengelakkan dari kita mengalami masalah kewangan kerana tidak menguruskan kewangan dengan baik. Justeru itu, bagi kakitangan kerajaan manafaatkan jadual gaji kerajaan ini dengan sebaiknya dan jangan pandang rendah mengenainya.
Kerana ianya juga sangat penting buat anda. Tanpa jadual gaji kerajaan ini sukar untuk anda menguruskan gaji anda dengan sebaiknya terutama sekali apabila tiba musim perayaan yang mana kita perlu menguruskan kewangan dengan baik untuk bawa keluarga kita pergi bercuti.