Jadual Waktu & Tarikh Peperiksaan SPM 2021

Sijil Pelajaran Malaysia Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan SPM 2021

Bagi pengetahuan semua, calon pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam arah tuju pendidikan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dilakukan pada bulan November – Disember.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan mengeluarkan perincian jadual waktu peperiksaan SPM rasmi untuk yang boleh dimuat turun (download) oleh pelajar dalam format PDF di Portal Rasmi LPKPM

Sila layari laman web Onviral untuk mengetahui berita-berita semasa serta permohonan bantuan dari pihak kerajaan.

Tarikh Penting Peperiksaan SPM 2021

Kepada para pelajar dan ibu bapa, sila tekan pautan di bawah untuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM tahun 2021.

KLIK DI SINI – Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

Bagi tahun 2020 adalah seperti berikut sebagai rujukan:

    1. Bertulis : 22 Feb – 25 Mac 2021 (Pindaan Kali Kedua)
    2. Lisan : 17 Ogos – 31 Okt 2020 (Pindaan Kali Kedua)

KLIK DI SINI – Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 Sesi Kedua (Calon Kuarantin atau Positif COVID-19)
KLIK DI SINI – Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 (Penjadualan Semula Kali Ketiga – 16 Nov 2020)

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penjadualan semula ini dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan perlu memastikan kesemua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca juga: Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) – Gaji RM2,081 – RM9,547 [23 Kekosongan]

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2021 (Kemaskini 17 November 2021)

Sila rujuk gambar di bawah untuk Jadual rasmi peperiksaan SPM bagi tahun 2021:

2 Mac hingga 3 Mac 2022

6 Mac hingga 7 Mac 2022

8 Mac hingga 10 Mac 2022

11 Mac 2022

13 Mac hingga 14 Mac 2022

15 Mac hingga 16 Mac 2022

 

17 Mac hingga 18 Mac 2022

20 Mac 2022

Arahan Kertas Peperiksaan SPM

Peringatan kepada para pelajar bahawa perkara di bawah perlu diperiksa sebelum peperiksaan dimulakan:

    • Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
    • Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
    • Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

Amaran Semasa Berada Di Dewan Peperiksaan

Peringatan kepada para pelajar juga bahawa perkara di bawah adalah tidak dibenarkan semasa berada di dalam dewan peperiksaan:

    • Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.
    • Keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
    • Mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
    • Memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
    • Merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
    • Membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *