(JAKIM) Niat Puasa Ramadhan Harian & Sebulan 2022

Niat Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa.

OnViral akan kongsikan kepada anda mengenai info-info berkaitan puasa di bulan Ramadhan.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Ramai yang masih keliru, bilakah waktu berniat untuk berpuasa?

Waktu niat berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Sebulan)

Niat puasa sebulan ramadhan

    • Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
    • Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)

niat puasa harian ramadhan

    • Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
    • Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat puasa setiap malam atau sebulan

Terlupa Niat Puasa

Bagaimana jiak terlupa untuk niat berpuasa? Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, mereka menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.

Ianya untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari.

Anda boleh rujuk dengan lebih lanjut di sini : Sumber

Selamat menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan anda diterima Allah S.W.T.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress