JaminKerja PERKESO | Mohon Insentif Pengambilan Individu Tak Aktif Bekerja
Usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi dan pertingkatkan mata pencarian, PERKESO telah mewujudkan program inisiatif JaminKerja
Sebuah Insentif Penggajian agar dapat menggalakkan majikan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan demi membantu Keluarga Malaysia terutama sekali buat golongan rentan dan tidak aktif bekerja.
Apakah JaminKerja PERKESO?
Kerajaan berjanji menyediakan 600,000 peluang pekerjaan ditahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang memperuntukan berjumlah RM4.8 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.
Insentif JaminKerja Keluarga Malaysia
Di bawah inisiatif ini, mana-mana majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.
Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.
Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.
Maklumat Lanjut
Untuk makluman, informasi dan FAQ terkini bagi bantuan dalam BAJET 2022 yang melibatkan PERKESO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi PERKESO.
Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan:
- Facebook : Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Telefon : 1-300-22-8000
- Laman web: http://www.perkeso.gov.my/ atau https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022.html
- E-mel: perkeso@perkeso.gov.my