Korang kalau dah guna uncang teh kan , mesti buang,kan? Sebab korang fikir sekali rendaman khasiat daun teh telah habis. Tahu tak sebenarnya banyak benda boleh dibuat dengan sisa uncang teh tersebut.Kalau korang tahu mesti akan simpan untuk digunapakai sebab banyak manfaat dari uncang teh ni yang boleh didapat. Mari onviral kongsikan,semoga bermanfaat!
1.PENAMBAH AROMA WANGI DALAM MASAKAN
Tambah teh uncang ke dalam bijirin ketika sedang dimasak seperti beras,barli,quinoa,pasta dan sebagainya untuk menaikkan lagi aroma masakan.Boleh juga direbus semula teh uncang tersebut untuk memerap daging atau letakkan dibawah kuali pan masakan dan letakkan sedikit air untuk bagi lebih berjus .
2.AIR SIRAMAN
Air rebus teh uncang boleh dibuat siraman dan mengelakkan pertumbuhan kulat
3.MENGEKALKAN KELEMBAPAN TANAMAN
Letakkan uncang teh di dalam pasu, uncang teh akan mengumpul air dan nutrien yang berbeza untuk tanaman
4.MENCANTIKKAN MATA
Rendam uncang teh dalam air suam dan letakkan dimata sekitar 20 minit. Ia mampu menghilangkan bengkak dan lingkaran gelap dibawah mata.
5.KOMPOS BAJA
Campuran tanah dan uncang teh sebagai medium semaian sangatlah bagus.Ia akan menjadi kompos yang tinggi nutrien dan timbunan kompos akan jadi lebih cepat dikompos
6.PENYUBUR TANAMAN
Campurkan uncang teh yang sudah digunakan ke atas tanaman atau bunga untuk mengelakkan serangga perosak asid.Asid yang ada di dalam teh uncang ini sangat membantu tanaman anda
7.HILANGKAN BAU BUSUK KERETA DAN PETI AIS
Letakkan dua atau tiga uncang didalam bekas sederhana kecil dan tebukkan lubang . Sedia untuk diletakkan dalam kereta atau peti ais dan jangan lupa untuk ditukar sekurang-kurangnya tiga atau empat hari sekali supaya bau kekal segar .
8.PEWANGI SEMULAJADI
Rendamkan kaki ke dalam air dari teh uncang yang telah digunakan selama 20 minit setiap hari boleh melawan bau yang tidak menyenangkan pada kaki dan membunuh bakteria yang menjadi punca bau tersebut.Jika untuk melawan bau busuk mulut gunakan teh uncang mint
9.ELAKKAN PERALATAN DAPUR BERKARAT
Jangan tak tahu, uncang teh boleh mengilatkan kembali peralatan dapur korang.Teh uncang yang lembap digosok sebelum disental dengan berus lain.
10.MELEGAKAN KERADANGAN KULIT
daun teh juga boleh melegakan kegatalan pada kulit.Letakkan di tempat yang terkena gatal atau gigitan.Selain itu,boleh diletakkan pada kulit yang terkena sunburn
Jadi selepas ini, bolehlah mula manfaatkan uncang teh yang telah diguna untuk perkara lain selain ke dalam tong sampah.Selamat mencuba.