Januari 2022 Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off” Melalui Akaun 1

Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off” Melalui Akaun 1

Kuala Lumpur, Malaysia – Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Moh Najib Tun Razak telah menyeru pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkara itu adalah amat dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berikutan terkesan dengan pandemik Cov19 yang telah melanda negara kita.

Bantuan Khas Cov19

“Semasa wabak Cov19 mula melanda, saya pernah mencadangkan kepada kerajaan agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Cov19. Pada masa itu, kerajaan telah menyambut baik cadangan saya dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin”.

Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP

“Saya mendapati ramai rakyat Malaysia bersuara dan mendesak perkara ini., Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

“Justeru itu, saya amat amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.

“Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat,” jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

PENAFIAN – Bahan yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Januari 2022 Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off” Melalui Akaun 1” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress