Jawatan Kosong Pengambilan PDRM 2021

Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berumur 18 tahun hingga 35 tahun. Berikut adalah butiran pengambilan anggota PDRM ;

Senarai Jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    • Inspektor Gred YA13 (Lelaki/Wanita)
    • Sarjan Gred YA5 (Lelaki/Wanita)
    • Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita)
    • Konstabel Sokongan YT 1 (Lelaki/Wanita)
    • Konstabel Orang Asli Gred YP1 (Lelaki/Wanita)

Senarai Kekosongan Yang Ditawarkan

    • Konstabel Polis YA1 (Lelaki Sahaja)
    • Konstabel Polis YT1 (Lelaki Sahaja)

Syarat Kelayakan Fizikal Konstabel Polis YA1 Dan YT1

    • Tidak melebihi 27 tahun pada 28 November 2021
    • Ketinggian 163CM ke atas sahaja
    • Berat minimum 50kg ke atas sahaja
    • Indeks jisim badan hendaklah 19.0 hingga 29.0 sahaja
    • Ukuran dada 81cm (biasa) dan 86cm (tarik nafas)

Syarat Kelayakan Akademik Konstabel Polis YA1

    • Lulus SPM atau setaraf
    • Kredit 2 subjek termasuk Bahasa Melayu
    • Lulus 4 Subjek lain

Syarat Kelayakan Akademik Konstabel Polis YT1

    • Lulus PT3 atau PMR atau setaraf
    • Kepujian Bahasa Melayu PT3 (Bertulis dan Lisan) atau PMR
    • Lulus 4 subjek lain termasuk Matematik

pengambilan pdrm

 

Cara Membuat Permohonan Jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) e-Pengambilan PDRM

    • Pemohon diwajibkan mengisi borang SPA: Permohonan SPA
    • Hadir ke sesi temuduga terbuka dengan membawa salinan borang permohonan SPA yang telah diisi atau
    • Hadir terus ke balai tertera di bawah dengan membawa dokumen yang dinyatakan.
    • Atau semak makumat terkini di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx

Maklumat Kekosongan Jawatan Inspektor

    • Permohonan melalui SPA adalah sentiasa dibuka-
    • Pemohon juga boleh merujuk pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
    • Permohonan jawatan Inspektor adalah terbuka kepada lelaki dan wanita dengan syarat kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda

Bagi permohonan jawatan Sarjan, adalah dibuka kepada lelaki dan wanita. Manakalah bagi permohonan jawatan Konstabel, hanya dibuka kepada lelaki sahaja.

Syarat Umum Permohonan Jawatan Kosong Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
    • Lelaki dan Wanita dengan umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
    • Sekurang-kurangnya ada kelulusan PMR/PT3 dan maksimum PhD.
    • Ketinggian mestilah tidak kurang 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita.
    • Melepasi semua ujian fizikal pada sesi temuduga.
    • Syarat khusus permohonan Polis:¬†https://www.rmp.gov.my/faq

Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress