Diskaun Saman Trafik PDRM | Sehingga 60% – Tamat 15 November

Sempena sambutan hari Deepavali dan menyantuni Rakyat Negeri Melaka, pihak Polis Diraja Malaysia Negeri telah menawarkan diskaun saman sehingga 60% bagi saman trafik mulai 9 hingga 15 November 2021!

Diskaun Saman Trafik 60% Bermula 9 Hingga 15 November 2021 (Polis Melaka)

Diskaun 60% diberikan kepada Semua Jenis Saman Kecuali

  1. Tidak Patuh Lampu Isyarat Merah (2021)
  2. Lorong kecemasan (2021)
  3. Potong Secara Merbahaya (2021)
  4. Potong Di Garisan Berkembar (2021)
  5. Dalam Pembicaraan (M)
  6. Tidak Boleh Dikompaun (NC)
  7. Kesalahan Berkaitan Lori
  8. Pengubahsuaian Ekzos

*Diskaun 60% saman ini hanya tertakluk bagi saman di dalam Negeri Melaka sahaja dan boleh dibayar di semua kaunter saman trafik di Negeri Melaka.

Kaedah Pembayaran

Pengguna perlu membayar  secara manual di semua Kaunter Semakan dan Bayaran Saman Trafik Kontinjen Negeri Melaka.

Diskaun Saman Trafik 50% Bermula 1-12 November 2021 Di Seluruh Kontinjen Sabah

Diskaun 50% di semua kaunter saman trafik seluruh kontijen Sabah.

Bermula 01 hingga 12 November 2021 seluruh Kontinjen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang (waktu pejabat).

Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

    • 1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
    • 2. Lorong Kecemasan
    • 3. Potong Secara Memberhaya
    • 4. Potong di Garisan Berkembar
    • 5. Kemalangan
    • 6. Dalam Perbicaraan
    • 7. Tidak Boleh Kompaun
    • 8. Kesalahan Berkaitan Lori
    • 9. Pengubahsuaian Ekzos

*Amalkan penjarakkan sosial dan pemakaian Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

Cara Semakan Saman Online

MyBayar Saman yang baru dilancarkan mempunyai objektif bagi memudahkankan pengguna membayar saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian.

Langkah mudahnya ialah mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu sudah boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti menyemak saman dan pembayaran secara atas talian.

Melalui cara ini anda boleh sedar sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang tertentu

Sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

Untuk maklumat lanjut berkaitan diskaun ini, sila rujuk laman Facebook rasmi Polis Melaka di pautan berikut: Polis Melaka

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress