Bunian Ke Yang Call? Meremang Bulu Roma bila Ambulan Sampai Lokasi

Kejadian Mistik seringkali berlaku kepada mereka yang tidak terlalu memikirkannya dimana adakalanya mereka tidak sedar berdepan dengan situasi yang agak misteri. Tetapi setelah sedar ada sesuatu yang agak pelik, barulah kita tahu yang sesuatu yang pelik di mata kita sebenarnya benar-benar terjadi. Apatah lagi apabila situasi tersebut ada kaitan dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Satu video tentang kisah yang dikongsikan oleh seorang pembantu pegawai perubatan melalui laman TikTok @Tuan Dressar membuatkan ramai yang meremang roma. Kisah seram yang dikongsi oleh MA (Medical Officer) ini berdepan perkara mistik ketika sedang bertugas benar-benar mencuri perhatian.

Sudah jadi kebiasaan mungkin bagi mereka yang bekerja dalam bidang perubatan ini untuk merawat pesakit tidak kira waktu dan likasi dimana kebanyakan hospital menyediakan khidmat layanan 24 jam sebagai persediaan pada waktu kecemasan sekiranya khidmat mereka diperlukan dalam kadar yang sangat mendesak.

@azrulindahouse7

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

MA tersebut memberitahu yang pihak hospital telah mendapat satu panggilan pada jam 3.30 pagi yang mengadu terdapat seseorang yang tak sedarkan diri atau pengsan di rumah. Dengan tidak membuang masa, MA tersebut bergegas ke alamat yang telah diberikan untuk memberi bantuan dengan menaiki ambulan. Sudah pasti mereka perlu bertindak pantas memandangkan panggilan yang diterima amat memerlukan bantuan dengan cepat.

“15 minit saya gerak dengan team PPK sampai lah ke rumah tu. Sampai-sampai tu saya nampak rumah tu gelap betul. Bagi salam tak ada siapa yang menyahut. Cemas lah, kita telefon balik MECC betul ke alamat semua ni. Dia cakap betul,” jelasnya bercerita.

Dengan suasan rumah yang gelap dan menyeramkan, MA tersebut memberitahu suasana di rumah itu agak menakutkan apatah lagi terdapat bunyi burung hantu di atas atap rumah membuatkan dia dan pemandu ambulan membuat keputusan untuk beredar dan kembali ke hospital.

MA kemudiannya mengambil keputusan untuk ,menelefon nombor yang menghubungi pihak hospital dari rumah tadi akan tetapi  tidak berjaya dihubungi, Suara pada gagang telefon hanya menyatakan yang didial tiada dalam perkhidmatan. Agak menghairankan apabila semasa menerima panggilan pada awalnya, nombor tersebut didapati datang dari pemanggil dari rumah gelap itu.

Apa yang lebih mengejutkan setelah disiasat dan diperiksa sejarah data pesakit yang juga pemanggil,  rupa- rupanya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas. Siapakah gerangan si pemanggil? Mistik….

“Saya kalau kena mcam tu, terus lari tak pijak tanah” Komen seorang netizen

“Naik pula bulu roma dengar cerita dia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *