JKM: Bantuan Kanak-Kanak Maksimum RM1,000 Sebulan

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000.

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Bantuan Kanak-Kanak

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

OBJEKTIF

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (Social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

 

SYARAT KELAYAKAN

Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Baca Lagi : PKP 3.0 SOP MITI & Panduan Kemaskini Pendaftaran Pekerja CIMS

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Disini kami kongsikan langkahnya :

Permohonan Secara Online

JKM

  • Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  • Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Permohonan Secara Manual (Pejabat JKM)

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangan : Klik Sini

Borang Berkaitan Permohonan Bantuan JKM

Maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, anda berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Laman web : jkm.gov.my

Telefon : 03-8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress