Jom Daftar & Semak Status Kelayakan PerantiSiswa 2022

Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

Spesifikasi Tablet Yang Dibekalkan

    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800.
    • Android OS 10 dan ke atas.
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia).
    • Minimum RAM 4GB.
    • Minimum storan 64GB.
    • Slot SD Micro sehingga 256GB.
    • Kamera hadapan minimum 2MP.
    • Kamera belakang minimum 5MP.
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset.
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas.
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz.
    • Bateri minimum 4500 mAh.
    • Pengecas USB disertakan.
    • Papan kekunci bluetooth disertakan.
    • Pen stylus disertakan.

Baca Juga: Cara Semak Pembayaran KWSP RM10,000 Melalui i-Akaun ~ Bermula Hari Ini 18 April 2022

Syarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:

    • Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Cara Permohonan

Permohonan berkenaan hanya menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu:

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress