Jom Mohon Bantuan Komputer Riba 2022 Untuk B40

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini telah dibuka.

Bantuan ini menyasarkan pelajar daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka.

Syarat-Syarat Permohonan

    • Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun ( sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah)
    • Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
    • Pelajar IPTA / POLITEKNIK yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
    • Pelajar tahun pertama (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
    • Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Baca Juga:

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

    1. Sijil kad pengenalan.
    2. Surat tawaran belajar.
    3. Surat pengesahan belajar.
    4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
    5. Penyata gaji bapa.
    6. Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
    7. Penyata gaji ibu.
    8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
    9. Salinan kad pengenalan bapa.
    10. Salinan kad pengenalan ibu.

Cara Memohon

    • Sila layari pautan berikut untuk isi borang Google Form (secara atas talian):

KLIK DISINI UNTUK  BORANG PERMOHONAN

    • Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
    • Isikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang ‘Next.’
    • Muat naik dokumen yang diperlukan.
    • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress