Seperti yang kesemua pancarum mungkin sudah tahu, pada setiap tahun iaitu sama seperti pemberian dividen ASNB, pemberian dividen KWSP akan dilaksanakan kepada ahli pencarum berdasarkan peratus (%) pemberian yang diberikan mengikut tahun semasa.
Berikut ialah info penuh mengenai pemberian dividen KWSP 2022 untuk tahun kewangan 2021 lepas.
Jangkaan Dividen KWSP Sekitar 5.2 HINGGA 6.0 %
Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6.0 peratus. Perkara ini didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana tersebut selain prestasi pasaran modal yang positif.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus (%) tahun ke tahun kepada RM 48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.
Menurut beliau, atas alasan di atas, ada kemungkinan kadar dividen akan datang jauh lebih baik berbanding 2020. Beliau turut berpendapat, angka tersebut mungkin sekurang-kurangnya menyamai paras 2020 atau jauh lebih tinggi.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP
Menurut informasi terkini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 iaitu pada
pertengahan atau penghujung Februari 2022 atau
awal Mac 2022
Pemakluman mengenai dividen KWSP akan diumumkan melalui media massa KWSP.
Dividen 2021
Pemberian dividen KWSP bagi tahun 2021 (tahun kewangan 2020) diagihkan sekitar Februari 2021 lalu.
Pihak KWSP telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 peratus untuk Simpanan Konvensional.
Manakala 4.9 % dividen untuk Simpanan Syariah.
Langkah Melakukan Semakan Dividen KWSP
Berikut adalah panduan untuk membuat semakan dividen KWSP ONLINE dengan menggunakan i-Akaun anda.
-
- Layari laman web www.kwsp.gov.my
- Tekan Login
- Masukkan ID dan Kata Laluan i-Akaun anda
- Tekan View Details pada bahagian Dividend
- Perincian dividen akan dipaparkan
Semakan turut boleh dibuat melalui aplikasi i-Akaun yang anda boleh muat turun di telefon pintar anda melalui Google Play Store atau Apple App Store.