Temujanji Online JPJ Dihentikan, Dibenarkan WALK-IN Mulai 6 Sept 2021.
PEMBERITAHUAN : Pihak JPJ akan menghentikan sistem temujanji dalam talian (online) bermula 6 September 2021 bagi memudahkan pelanggan yang sudahpun menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter.
DS Wee Ka Siong selaku Menteri Pengangkutan telah memaklumkan perkara ini menerusi sebuah kenyataan media terkini.
Para Pelanggan yang mahu menjalankan urusan di kaunter JPJ mestilah mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap. Peraturan baru ini diwujudkan adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal jangkitan virus Covid19 serta menjaga kesihatan dan juga keselamatan orang ramai termasuk kakitangan JPJ yang menjalankan tugas.
Pelanggan juga pada masa yang sama mesti menunjukkan paparan status diri yang menunjukkan diri berada dalam keadaan Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera dimana Mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk berurusan di kaunter.
Pelanggan boleh menggunakan langkah alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kaunter untuk memperbaharui lesen dan roadtax anda seperti berikut:
-
- Lesen memandu luput semasa PKP? MySikap (JPJ) perbaharui lesen secara online. KLIK DISINI
- Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEG. KLIK DISINI
Pihak MOT pada masa yang sama turut memberitahu serta memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berurusan di mana-mana kaunter JPJ. SOP mesti dipatuhi sebagai langkah baru (new normal) bukan sahaja semasa membuat urusan di kaunter tetapi juga di tempat-tempat lain. SOP yang wajib dipatuhi adalah termasuk pemakaian pelitup separuh muka (face mask), menggunakan cecair pembasmi atau penghapus kuman (hand sanitizer), mengamalkan penjarakan fizikal (social distancing) dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Anda boleh rujuk kenyataan penuh daripada pihak MOT dengan merujuk kepada kenyataan seperti di bawah:
Sekiranya anda perlu mengetahui maklumat lanjut mengenai urusan di kaunter anda boleh berhubung dengan pihak JPJ :
Layari portal MySikap KLIK DISINI
Tel : +603-8000 8000