Kabinet Mertua Runtuh, Menantu Buat Kerja Awal Pagi

Perasaan sebelum tinggal bersama mertua pasti mengundang debaran sebahagian para menantu. Itu sudah pasti sebab kehidupan selepas berkahwin semestinya akan berubah, banyak hati yang perlu dijaga dan perlu kita ambil berat. Saat-saat permulaan tinggal di rumah mentua pasti menjadi saat yang agak mendebarkan bagi seseorang menantu dan mereka berkemungkinan akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap perlakuan serta tindakan mereka. Sekiranya tersilap langkah, maka perasaan risau akan bersarang dihati, begitu juga perasaan yang tidak enak dimana ini sekaligus akan mengeruhkan hubungan kekeluargaan yang baru sahaja berada dititik permulaan.

Kita juga sudah maklum yang sudah menjadi sebahagian tanggungjawab menantu untuk sama-sama menjaga hal-hal rumahtangga seperti mengemas dan membersihkan rumah mentua sama seperti rumah ibu bapa sendiri. Kesemua tanggungjwab adalah sama cuma mungkin suasana sahaja yang berbeza. Jika menantu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di rumah mentua, maka tiada masalah baginya untuk membina ikatan baru bersama mertua dan ahli keluarga baru. Andai susah untuk mereka menyesuaikan diri, maka mereka tiada pilihan untuk tetap menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Baca juga : Bila Buka Pintu, Terkejut Sangat Apa Yang Dilihat. Siapa Punya Angkara.

Perkara yang sama telah berlaku keatas seorang wanita dari negara seberang dimana dia cuba untuk menjadi seorang menantu idaman dengan membersihkan dapur di rumah mentuanya pada jam 2 pagi. Akan tetapi, malang tidak berbau apabila niatnya utnuk menjadi menantu idaman bertukar menjadi satu ‘tragedi’ yang agak mengejutkan apabila kabinet dapur yang digunakan untuk meletak pinggan, mangkuk serta piring mentuanya tiba-tiba runtuh, menyebabkan pinggan mangkuk berselerakan dan bersepahan di atas lantai.

Perkongsian video yang  telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun bernama Bandar Masker di TikTok itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan serta 73 ribu tanda suka. Rata-rata warganet telah meluahkan rasa risau dan kebimbangan mereka diruangan komen serta tertanya-tanya akan reaksi mentua wanita tersebut. Apakah yang akan berlaku sejurus mentua wanita tersebut melihat keadaan kabinet dapur yang runtuh dan berselerak di lantai.

Wanita tersebut didalam video telah berkongsi dan menyatakan yang dia ingin memindahkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh ke dalam kabinet sebelum kabinet tersebut runtuh secara mengejut dan tiba-tiba. Kejadian kabinet runtuh tersebut telah membuatkan pinggan mangkuk pecah bertaburan dan berselerakan dan juga menyebabkan meja makan yang diperbuat daripada kaca milik mentuanya menjadi serpih dan sumbing pada bahagian tepi.

@bandarmasker

Kesalahan yg sangat bodoh. #RejekiWOW #PUBGMB3AT #menantu #mertua #menantudanmertua #pasutri #nikahmuda #fypyuk #pastifyp #bantufyp? #ohnoo

♬ Oh No – Kreepa

@bandarmasker

Balas @hhhhhh3263 #RejekiWOW #PUBGMB3AT #bantufyp? #mertua #menantudanmertua #pasutri #pastifyp #fypdongggggg #berandafyp2#voiceeffects

♬ original sound – BandarMasker – Nandach

Rata-ratanya daripada warganet telah meninggalkan pelbagai  maklum balas dan respon serta tidak ketinggalan juga ada yang mengusik wanita tersebut, kononnya dia akan dipecat dari menjadi menantu.

“Auto dipecat menjadi menantu”

menantu

“Sabar ya, ini adalah ujian”

menantu

“Kesemua pinggan diletakkan atas kabinet tu, mana tak roboh”

Wanita tersebut walaubagaimanapun telah berkongsi yang ibu mentua dan suaminya tidak memarahinya berikutan kejadian yang berlaku dengan tidak disengajakan.

Baca juga : PPAM : Cara Mohon Projek perumahan Penjawat Awam Malaysia

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress