Kad ATM anda ditolak secara tiba-tiba ketika mahu mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM? Sudah pasti rata-rata daripada kita pernah mengalami situasi seperti ini kan? Semestinya anda akan merasa panik, risau, terkejut dan mungkin agak marah disebabkan anda mungkin mahu mengeluarkan wang dengan kadar segera akan tetapi lain pula yang berlaku.
Kejadian ini berlaku mungkin kerana kad ATM anda telah disekat dan ianya bukanlah satu perkara yang jarang berlaku kepada setiap orang tetapi mungkin jarang berlaku kepada anda. Terdapat banyak perkara yang akan menyebabkan kad anda disekat dimana salah satunya adalah dengan meletakkan pin yang salah beberapa kali (selalunya setelah lebih daripada 3 kali kemasukan pin yang salah) ketika di mesin ATM.
Kami dari Onviral akan sama-sama memberikan jalan penyelesaian kepada anda untuk unlock kad ATM anda.
Langkah Untuk Unlock Kad ATM
Anda perlu berhubung dengan pusat panggilan bank anda untuk unlock kad anda. Maklumat kad adalah penting jadi hanya anda yang akan bertanggungjawab keatas kad anda. Anda mungkin perlu pergi ke bank untuk mendapatkan kad yang baharu tetapi sila hubungi pusat talian bank dahulu untuk khidmat nasihat.
Sila rujuk senarai talian pusat panggilan bank seperti di bawah:
-
- CIMB: 03-6204 7788
- PUBLIC BANK: 03-2176 8000
- MAYBANK : 1300-88-6688
- BANK ISLAM: 03-2088 8000
- RHB: 03-9206 8118
- BSN: 1300-88-1900 / 03-2613 1900 (luar negara)
Anda perlu pastikan yang anda menyediakan kad debit/kredit, kad pengenalan serta buku bank. Kesemua benda ini adalah penting bagi memasti kelancaran untuk unlock kad anda semasa berada di bank. Proses mungkin mengambil masa yang sekejap bergantung kepada giliran menunggu. Pegawai bank akan sedia membantu pelanggan mereka 24 jam sehari dan mereka akan bertanyakan kepada anda beberapa soalan tentang data peribadi bagi tujuan pengesahan data.
Maklumat yang selalunya pegawai bank perlukan adalah seperti di bawah :
-
- Nama penuh
- Nombor akaun
- Nombor kad ATM
Permohonan anda seterusnya akan diproses dan kad anda yang telah disekat akan boleh digunakan semula. Anda perlu memastikan yang anda sudah menyimpan pin kad anda ditempat selamat supaya mudah untuk anda rujuk kembali sekiranya anda terlupa pin kad anda.
Untuk mengetahui cara mengeluarkan wang dari bank sekiranya terlupa membawa kad, KLIK DISINI
Untuk mengetahui perbezaan diantara kad ATM dan kad debit, KLIK DISINI