Langkah Tukar Kad ATM Maybank Rosak / Expired Secara Online

Langkah Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Adakah anda mempunyai masalah Kad ATM Maybank rosak atau expired (tamat tempoh) dalam musim pkp ni? Masalah ini sudah tentu agak menyukarkan anda untuk menukar kad ATM dan perlu ke kaunter bank untuk memohon semula. Sekarang anda sudah boleh melakukannya secara online.

Menurut pihak Maybank, kesemua pemegang kad ATM boleh memohon pertukaran kad ATM kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN. Bayaran atau caj sebanyak RM12 dikenakan kepada pemohon dan penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda. Penukaran kad ATM secara online amat memudahkan kerja serta akan menjimatkan masa dan tenaga anda.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui tentang cara-cara memohon pertukaran kad ATM (debit card) secara online tanpa perlu hadir ke bank.

Baca juga: 11 Skim Bantuan Yang Masih Tersenarai Dalam JKM 2021 Dengan Jumlah Bantuan Yang Dinaikkan

Langkah Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk melakukan penukaran kad ATM:

1. Sila Log Masuk ke Maybank2u (Sila gunakan browser dan bukannya applikasi)

2. Sila pergi ke bahagian “Setting
kad atm maybank

3. Sila pilih pada “Cards
kad atm maybank

4. Di bahagian “Manage Debit Cards“, sila pilih “Replace Card

Bahagian “Activate” akan digunakan apabila anda menerima kad ATM baru anda nanti.
kad atm maybank

5. Sila masukkan alamat penuh anda. (Sila isi dengan betul dan lengkap)
kad atm maybank

6. Sila tekan “Request TAC” dan masukkan nombor TAC di ruang yang disediakan untuk mengesahkan penukaran kad tersebut

Baca juga: “Berzikir Sebelum Tido..” Gelagat Aafiyah Tarik Perh4tian Ramai

Langkah penukaran Kad ATM susah selesai dan pengeposan Kad ATM baru anda akan dilakukan dalam masa 3 hari bekerja sahaja. Selepas menerima kad baru, anda mesti mengaktifkannya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ATAU memerlukan maklumat lanjut berkenaan penukaran kad, sila hubungi pusat pagilan pelanggan Maybank

Talian pusat panggilan Maybank: 1-300 88 6688 (Malaysia)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress