Kaedah Bayaran & Semakan Terkini Untuk Penerima Tunai BKM (Tiada Akaun Bank)

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada berkongsi, penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Menurut Perdana Menteri, bantuan ini untuk 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang di Malaysia.

Tarikh Bayaran Bagi Penerima Tidak Mempunyai Akaun Bank

Untuk penerima BKM yang tidak mempunyai akaun bank  di Malaysia (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada:

    • 30 Mac 2022

Untuk pengetahuan semua, bayaran bagi penerima tunai tanpa akaun bank akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran

Kategori Penerima BKM Fasa 1 & Jumlah Bayaran

Onviral ingin kongsikan kepada anda kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

    • Tiada anak: RM1,000
    • 1-2 anak: RM1,500
    • Anak melebihi 3: RM2,000

Pendapatan RM2,501-RM5,000:

    • Tiada anak: RM400
    • 1-2 anak: RM600
    • Anak melebihi 3: RM800

Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

    • Tiada anak: RM600

Kategori Bujang

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

    • Tiada anak: RM350

Tarikh Bayaran Rasmi BKM

Untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia, bayaran bagi  isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka.

Permohonan Rayuan Bermula 2 Mei Untuk Tempoh Masa Sebulan

Tempoh permohonan rayuan juga  akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

Dalam tempoh masa sebulan ini, pertimbangan semula permohonan yang tidak diluluskan  perlu untuk mengemukakan rayuan dengan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress