Kemalangan boleh berlaku dimana sahaja . Ada yang tidak boleh dielak dan ada yang dapat dielakkan jika kita peka dengan keselamatan persekitaran kita sama ada dalam rumah dan luar rumah . Korang pernah dengar rumah terbakar yang berpunca dari kebocoran gas dan menyebabkan berlaku letupan ? dan juga menyebabkan kematian.
Itulah yang berlaku pada sebuah keluarga ini . Menurut perkongsian info, sepasang suami isteri yang pulang dari makan malam disebuah restoran parah apabila dapur rumah mereka meletup.Insiden berlaku apabila si suami masuk kerumah dan terhidu bau gas yang kuat diruang dapur.Tak sedar dengan risiko yang bakal dihadapi, lelaki berkenaan bertindak menghidupkan lampu dapur untuk memeriksa tong gas yang dipercayai bocor. Namun tindakannya itu membawa padah apabila tong gas itu meletup .
Mereka berdua kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas mengalami cedera parah.
Pengajaran dan tindakan yang boleh diambil dari kecuaian ini ialah , sekiranya korang terhidu bau gas ;
1.Jangan terus hidupkan lampu dan barang elektrik yang lain,buka semua pintu dan tingkap untuk memberikan pengaliran udara dengan baik
2.kemudian tutup tong gas dan biarkan sehingga bau hilang. Barulah buka lampu dan buat pemeriksaan lanjut.
3.Jangan dibuka peti ais mahupun exhaust fan, hal ini kerana ia mempunyai cas elektrik . Hanya buka tingkap dan pintu sahaja.
Selain itu juga, lakukan pemeriksaan berkala hos gas samaada mengalami kebocoran halus dan adalah lebih baik memakai hos jenis tebal dan getah . Bagi mereka yang merancang untuk meninggalkan rumah dengan lebih lama , pastikan kepala gas telah dicabut agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini semasa ketiadaan dirumah.-onviral