Kalendar Sesi Persekolahan Penggal 3 & Akademik 2022/2023

Takwim Persekolahan Penggal 3 & Kalendar Akademik 2022/2023

Maklumat penting khas kepada para ibu bapa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman mengenai sesi persekolahan penggal 3 (2021/2022) dan juga kalendar akademik 2022/2023 dimana sesi persekolahan pada tahun ini akan mengalami sedikit perubahan atas sebab penutupan sesi persekolahan secara bersemuka akibat penularan COVID-19.

Sesi persekolahan yang sepatutnya berakhir pada bulan Disember 2021 pada tahun ini telah dilewatkan kepada bulan Mac tahun 2022.

Jadi, ini bermakna, sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac berbanding bulan Januari seperti kebiasaan permulaan Penggal baharu.

Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui keseluruhan Takwim Persekolahan Penggal 3 dan kalendar akademik 2022/2023. Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui permohonan bantuan-bantuan lain daripada pihak kerajaan serta berita semasa.

Kumpulan Persekolahan Negeri

Tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik persekolahan 2022/2023 akan dipecah dan dibahagikan kepada 2 negeri kumpulan iaitu:

i) Negeri Kumpulan A

        • Johor
        • Kedah
        • Kelantan
        • Terengganu

ii) Negeri Kumpulan B

        • Melaka
        • Negeri Sembilan
        • Pahang
        • Perak
        • Perlis
        • Pulau Pinang
        • Sabah
        • Sarawak
        • Selangor
        • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
        • Wilayah Persekutuan Putrajaya
        • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan Penggal 3

Tarikh sesi persekolahan bagi penggal ke-3 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 22 Mac 2022 di negeri kumpulan A.

Sila rujuk perincian tarikh mula dan  tarikh akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu seperti dalam jadual di bawah:

Untuk negeri kumpulan B, tarikh sesi persekolahan penggal ke-3 2021/2022  adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022 seperti yang telah ditetapkan.

Sila rujuk tarikh mula dan tarikh akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B seperti dalam jadual di bawah:

Kalendar Akademik 2022/2023

Untuk negeri kumpulan A, sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023.

Untuk negeri kumpulan B, sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

Sila rujuk perincian bagi kalendar akademik 2022/2023 mengikut kumpulan negeri seperti yang ditunjukkan menerusi gambar seperti di bawah:

Cuti Perayaan

Seperti kebiasaan, di bawah adalah penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan oleh KPM. Perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti sesi persekolahan ini adalah seperti berikut:

        • Tahun Baru Cina 2022
        • Hari Raya Aidilfitri
        • Hari Gawai Dayak
        • Hari Deepavali
        • Tahun Baru Cina 2023

Maklumat perincian penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan pula adalah seperti di bawah:

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Takwim sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 dan kalendar akademik 2022/2023 dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan dengan menekan pautan ini KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress