Adakah anada tahu, di Iceland ada sebuah gunung berapi yang aktif yang berada di Semenanjung Reykjanes. Gunung berapi tersebut dinamakan Gunung Berapi Fagradalsifall itu telah meletus pada 19 Mac lalu dan masih memuntahkan laharnya sehingga ke hari ini.
Hari semakin hari, lahar yang panas akan mengalir masih tak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berhenti. Fenomena semulajadi itu telah menarik perhatian orang ramai yang datang ke tempat tersebut dan sambil menikmati pemandangan yang panas di tempat tersebut.
Rakam ‘kematian’ sendiri
Baru-baru ini, seorang lelaki Youtuber Joey Helms telah menjalani rakaman pemandangan lahar di gunung berapi itu tersebut dengan menggunakan kamera dron. Dron yang dipandu dari jauh itu telah melalui lurah-lurah laluan lahar tersebut.
Hasil rakaman mendapati, lahar yang mengalir seperti air yang deras itu berwarna merah terang dan kehitaman, menunjukkan ia begitu panas dan sangat berbahaya. Dron itu juga mengambil risiko yang sangat tinggi apabila melalui lurah yang panas itu tersebut.
Bagaimanapun masalah itu mula berlaku apabila dron itu menghampiri kawasan puncak gunung tersebut yang dipercayai tempat keluarnya lahar itu. Lahar yang panas itu mengalir seperti air yang deras bagaikan ombak yang besar, hingga memercikkan cecair ke udara.
Percikan lahar tersebut terkena ke dron mungkin tidak sempat dron itu mengelak. Secara tiba-tiba rakaman terhenti, dan akhirnya dron yang dipandu itu hilang kawalan dan terjatuh terhempas dan lalu tebenam ke aliran lahar itu.
Namun klip video ini berjaya dirakamkan dan di update ke Youtube berapa jam selepas kejadian itu. Mungkin ramai tidak percaya, tapi inilah detik kematian dron yang sempat dirakamkan dari lensanya sendiri. Mari kita tengok video rakaman ini.
INTO THE VOLCANO: Stunning footage captures the moment a drone crashed into the erupting Fagradalsjfall volcano in Iceland. https://t.co/IWZ4Rg0pbv pic.twitter.com/pZlwfzGyNr
— ABC News (@ABC) June 1, 2021