Kasih ibu, hari-hari gigih bangun awal siapkan anak dalam kereta sebelum kerja.

Kasih ibu membawa ke syurga. Setiap wanita bergelar ibu pasti menghadapi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak, begitulah kasih ibu bergelar jururawat ini yang tular di aplikasi TikTok di mana dia terpaksa mengejutkan anaknya lebih awal untuk menghantarnya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

 

kasih ibu

 

Kejut anak awal, bersiap dalam kereta.

 

ibu

 

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu dan anaknya sudah memakai uniform lengkap di dalam kereta. Si ibu mengenakan pakaian jururawat manakala anaknya memakai baju sekolah.

Dalam pada itu, anaknya dilihat masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara menyiapkannya untuk pergi ke sekolah.

“Setiap hari macam ni lah. ‘Rushing’ nak kerja, jadi akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja 30km lebih. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Baca Lagi : Dua Beradik Kelaparan Sambil Kira Duit Di Tepi Restoran, Reaksi Kanak-kanak Ini Bikin Sebak

 

Besar nanti dia tahu hargai ibubapa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran seperti wanita berkenaan. Selain itu, ramai yang kagum melihat kegigihan seorang wanita bernama ibu.

 

 

Kasihan anak terpaksa bangun awal

Terpaksa berkorban untuk kelangsungan hidup

 

Besarnya pengorbanan

 

Perempuan bergelar ibu memang terbaik

 

 

 

 

ibu

 

Tak dinafikan lagi, insan bergelar ibu bapa rela berkorban masa dan tenaga demi mencari sesuap rezeki untuk kesenangan seisi keluarga.

Justeru itu, sebagai seorang anak kita dituntut untuk berbuat baik serta menghormati mereka sentiasa.

 

Sumber

 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress