Kaunter JPJ Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu (9.00am – 1.00pm)

Untuk memudahkan pelanggan menyelesaikan urusan di kaunter, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan bahawa kaunter pejabat JPJ bakal dibuka pada setiap hujung minggu mulai 13 Ogos 2021. Perkara ini sudah semestinya akan diterima baik oleh pelanggan yang hanya mempunyai masa pada hujung minggu untuk melakukan urusan-urusan pembayaran penting kenderaan sebagai contoh urusan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan juga urusan tukar hak milik kenderaan.

Menurut JPJ, Operasi kaunter JPJ pada hujung minggu untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah hari Jumaat dan Sabtu, manakala negeri lain pula ialah Sabtu dan Ahad

Info Operasi kaunter JPJ pada setiap Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad.

Waktu Operasi:

    • Waktu Operasi Kaunter JPJ (Jumaat, Sabtu & Ahad)
    • Waktu operasi : Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Hari Operasi:

    • Jumaat & Sabtu ( Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor )
    • Sabtu & Ahad ( Negeri-negeri Lain)

Nota :

    • Bagi Operasi pada hujung minggu, hanya mod bayaran tanpa tunai sahaja akan dilakukan.
    • Pelanggan yang mahu hadir (Walk-in) ke Cawangan JPJ terdekat adalah tidak dibenarkan.
    • Semua urusan dikaunter adalah secara temujanji berjadual sahaja. Oleh itu pelanggan mesti menempah slot temujanji dari laman web JPJ.

JPJ pada masa yang sama juga turut menasihatkan orang ramai agar kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ Malaysia)

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress