Kebaikan Vitamin C Anda Perlu Tahu

11 Kebaikan Vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

kebaikan vitamin c

  • Berupaya Dalam Menghalang Demam
  • Pembaikan dan Penyembuhan Tisu
  • Membantu Penyerapan Zat Besi dengan Lebih Efisyen
  • Membantu dalam Meningkatkan Kesuburan
  • Menghalang Penyakit Atherosklerosis
  • Melindungi Daripada Penyakit Kanser
  • Menghalang Penyakit Kencing Manis
  • Meningkatkan Sistem Imunisasi
  • Melindungi daripada Kesan Toksik Logam Berat
  • Melindungi daripada Penyakit Neurodegeneratif
  • Penghasilan Kolagen Yang Lebih Banyak

Jenis – jenis Vitamin C

Effervescent

  • Berbentuk tablet dan dilarutkan dalam air. Rasa airnya seperti air yang bergas.

Sugar free

  • Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis

Sustained Release

  • Hanya perlu makan 1 dos sahaja dan lebih rendah daripada biasa

Tidak Berasid

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati

Hisap / kunyah

  • Sesuai untuk kanak-kanak kerana dosnya rendah

Campuran

Vitamin C + Gluthaione : Membantu mecantikkan, mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan

Vitamin C + Zinc : Merangsang sistem imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit dan rambut

Vitamin C + Kalsium : Membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang

Vitamin C + Lysine : Membantu menaikkan selera makan

Dos Harian Vitamin C Yang Perlu Diambil

Fakta Tentang Vitamin C

Vitamin c – antioksidan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

  1. Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.
  2. Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
  3. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.
  4. Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.
  5. Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *