Keluarga minta jadi doktor, jejaka ini pilih haluan berbeza… kini abang arkitek tak menang tangan jual lukisan – “Suka kacau emak menjahit, saya diajar melukis”

Perjalanan arkitek berusia 28 tahun ini dalam mengejar impian dan cita-citanya tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Muhammad Hishamuddin Zakaria, pilihan dalam bidang itu juga seolah-olah membelakangi hasrat keluarganya yang mahu melihat dia menjadi doktor.

“Saya minat nak jadi arkitek pada umur 17 tahun. Sebelum itu, keluarga beri galakan supaya saya ambil bidang perubatan untuk menjadi doktor.

“Awalnya, saya mendapat tentangan. Keluarga risau saya akan sibuk bila dah ceburi bidang ini, takut tak ada masa sampai tak tidur malam.

“Tapi saya teruskan juga. Ketika awal-awal sambung belajar, saya pun ada rasa menyesal. Kadang-kadang sampai dua hari tak tidur kerana nak siapkan tugasan yang perlu di buatnya.

“Lepas satu semester, saya maklumkan pada ayah untuk tukar bidang pengajian. Tapi ayah pula yang beri galakan, dia kata result saya OK. Jadi saya teruskan saja sebab mereka pun dah bagi restu,” katanya

Mesra disapa Hisham, dia yang sudah tiga tahun bergelar arkitek menjadikan aktiviti melukis sebagai hobi di masa lapang.

Hisham mengakui perjalanannya untuk bergelar arkitek tidaklah semudah yang disangka.

Imbas jejaka dari Kubang Kerian, Kelantan itu, hobi berkenaan juga menjadi salah satu punca utama yang mendorong minatnya ke arah bidang Seni Bina.

“Masa kecil dulu, saya selalu bosan duduk di rumah bersama emak. Dia tukang jahit, saya pula anak bongsu. Disebabkan saya suka kacau emak bekerja, dia ajar saya melukis.

Terkejut bila viral. Tapi pada masa sama, saya bersyukur dapat sokongan semua.

“Selain emak, abang dan kakak saya juga berkebolehan melukis. Seingat saya, saya mula melukis ketika usia empat tahun,” ujarnya yang menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bermula sebagai hobi, aktiviti melukis kini menjadi sumber pendapatan sampingan buat Hisham.

Dia bersyukur apabila ramai yang menghargai bakat seni tangannya dan menganggap ia sebagai satu punca rezeki yang tak disangka-sangka.

“Sebelum ini saya melukis untuk simpanan peribadi. Ia merupakan hobi saya untuk memenuhi masa di hujung minggu, saya pula jenis tak suka keluar rumah.

Antara hasil karya jejaka berusia 28 tahun itu.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, ada yang tanya dan nak beli lukisan saya. Sejak itu saya mula jual hasil karya saya.

“Kebetulan tak banyak kerja ketika PKP. Jadi saya habiskan masa dengan melukis. Alhamdulillah, setakat ini dah terjual dalam 30 keping lukisan original dan 90 keping lukisan yang dicetak semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, lukisan bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur yang dihasilkan Hisham turut mendapat perhatian ramai.

Hisham mula menjual lukisan sejak PKP tahun lalu.

Lukisan yang dikongsi di Facebook itu sehingga kini meraih lebih 52,000 tanda suka dan turut dihujani dengan pujian netizen yang di komen.

Kata Hisham, dia bersyukur dengan hal itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembakar semangat untuk dia terus berkarya pada masa akan datang.

“Terkejut bila viral. Tapi pada masa sama, saya bersyukur dapat sokongan semua. Seronok baca komen-komen netizen.

“Memang sangat gembira dan rasa dihargai. Ia juga memberi semangat untuk saya meneruskan minat ini,” ujarnya lagi.

Jangan lupa like share komen. Terima kasih!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress