Umum mengetahui, kalau nak keluarkan duit Tabung Haji boleh dibuat online. Transfer masuk atau keluar ke bank lain akan dicaj sebanyak RM1. Tapi kalau setiap bulan transfer jenuh jugak kalau setahun sampai RM72 semata-mata khidmat sahaja.
Rugi kan? Kena caj di Atm pun kita dah mengeluh…
So, terdapat cara untuk menambah simpanan ataupun keluarkan wang dari akaun tabung haji tanpa dikenakan sebarang caj. Lihat Bagaimana.
Apakah JomPay Tabung Haji?
Perkhidmatan JomPay ini membolehkan kita memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih mengunakan 23 Jenis Bank di Malaysia.
Cara Masukkan Duit Ke Tabung Haji Melalui Jompay?
- Pendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan (tak kisahlah M2U, CIMBClicks, BSN atau mana-mana online banking anda)
- Pilih JomPAY
- Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
- Biller Code – 60228
- Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
- Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
- Ref-2 – jika ada
- Amaun (RM)
- Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan. Periksa status akaun TH anda dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.
Transfer Duit Akaun Tabung Haji Ke Maybank
Ikut langkah yang sama, kemudian masa dah pilih JomPay, masukkan Biller Code 60228 seperti yang dinyatakan.
Angka 5 digit Biller Code ini boleh juga digunakan untuk bank lain.

Transfer Duit Akaun Tabung Haji Ke CimbClick
Ikut langkah yang sama, kemudian masukkan kod JomPay 60228 seperti paparan di bawah.
Maklumat Lanjut
Sebarang info lanjut berkaitan cara pengeluaran wang anda dari Tabung Haji ke akaun bank lain, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/soalan-lazim/soalan-lazim-jompay
Apakah JomPay Tabung Haji
JomPAY adalah inisiatif nasional yang disokong oleh Bank bagi membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun TH saya?
Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja (T+1). Sekiranya transaksi dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka transaksi akan berlaku pada keesokkan hari bekerja.
Adakah terdapat had untuk transaksi JomPAY?
Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing.