Kemaskini Alamat Pengundi MySPR Anda & Semakan Secara Online

Kemaskini Alamat Pengundi MySPR Anda & Semakan Secara Online

Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih dahulu.

Tahukah anda, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian?

Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

OnViral akan kongsikan kepada anda cara bagaimana kemaksini alamat pengundi MySPR secara online.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:

    1. Warganegara Malaysia sahaja.
    2. Berumur 21 tahun ke atas sahaja.
    3. Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.
    4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

Baca Juga: Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula November

MySPR Daftar : 3 Langkah Mudah Daftar Pengundi Online

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna

    1. Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
    2. Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
    3. Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
    4. Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seeprti berikut:
      • Nombor telefon bimbit yang sah
      • Emel yang sah
      • Gambar depan kad pengenalan
      • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
    5. Permohonan yang dihantar pada jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
    6. Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12:00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
    7. Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
    8. Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

Untuk memuat naik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.

Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna

    1. Apabila maklumat permohnan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
    2. Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Langkah 3: Isi Borang A

    1. Selepas berjaya login, klik pada ‘Status Saya’.
    2. Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
    3. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.

Cara Semakan Daftar Pemilih Online

Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:

    1. Sila ke pautan https://pengundi.spr.gov.my/
    2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
    3. Tekan pada butang ‘Semak’.
    4. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
    5. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Cara Memohon Pertukaran Alamat Tempat Mengundi Melalui MySPR Daftar

Cara memohon pertukaran alamat adalah seperti berikut:

    1. Login portal MySPR Daftar (jika belum mendaftar sebagai pengguna, sila daftar terlebih dahulu mengikut Langkah 1 di atas).
    2. Klik menu ‘Status Saya’.
    3. Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)”.
    4. Klik ‘Contoh Alamat’ untuk melihat cara pengisian alamat dan isikan mengikut contoh tersebut.
    5. Buat pengesahan untuk alamat yang telah dikemaskini.
    6. Hantar permohonan dan tekan pada butang ‘Mohon TAC’.
    7. Sistem akan menghantar SMS nombor TAC ke telefon bimbit pemohon.
    8. Sila masukkan nombor TAC dan tekan butang ‘Hantar’.
    9. Setelah selesai, sistem akan membuat verifikasi dan paparan pada ‘Status Saya’ akan dikemaskini.

Baca Juga: Harga Denda MyKad Hilang Dan Cara Semak Rayuan

Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual

    1. Kaunter Pendaftaran Pemilih
      • Ibu Pejabat SPR Malaysia
        Aras G, Menara SPR
        No.2, Jalan P2T, Presint 2
        62100 Putrajaya
    2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
    3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
    4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
    5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    6. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
    7. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:

https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr 

Maklumat Lanjut MySPR Daftar

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress