Kemaskini Maklumat Akaun Bank Geran Khas Prihatin (GKP) Mulai 7 Oktober 2021

Sila Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP (Geran Khas Prihatin) Mulai 7 Oktober 2021

Untuk makluman kepada setiap pemohon dan penerima GKP PEMERKASA+, GKP PERMAI, GKP 3.0 & GKP 4.0 tentang pembayaran yang gagal dikreditkan, sila kemaskini maklumat akaun bank anda melalui laman web ini https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 7 Oktober – 21 Oktober 2021.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak LHDN sendiri melalui siaran di laman Facebook mereka. Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui maklumat ini khususnya penerima Geran Khas Prihatin (GKP).

geran khas prihatin gkp

Kemaskini Maklumat Akaun GKP

Hanya pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini sahaja yang perlu membuat kemaskini GKP. Jadi sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini tersebut aktif & menggunakan nombor akaun simpanan peribadi anda sebagai pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi anda sebagai pemohon & bukannya akaun bank semasa syarikat. Nota penting untuk permohonan yang gagal :

    • Sila Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) mulai  7 Oktober 2021
    • Pembayaran semula (kredit) yang akan dilakukan  terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.
    • Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. Jika akaun anda tidak aktif, sila kemaskini akaun GKP anda dengan meletakkan akaun yang aktif.

Baca juga: Langkah Mohon Tuntutan Bantuan Kematian KWSP RM2500

Langkah Membuat Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin

Sila rujuk langkah di bawah untuk membuat kemaskini maklumat menerusi portal:

  1. Sila layari portal rasmi GKP: KLIK DISINI
  2. Sila log Masuk
  3. Sila masukkan ID Pengguna
  4. Sila tekan kotak “Semak”
  5. Selepas log masuk, anda akan nampak paparan maklumat di bawah:
    • Nama anda
    • Nombor MyKad
    • Status Permohonan
  1. Sila tekan butang “Kemaskini” dan masukkan maklumat akaun bank anda yang aktif (Sila pastikan akaun bank anda aktif).
  2. Sila tekan butang “Simpan” untuk menghantar / kemaskini maklumat.

Peringatan : Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon & bukan akaun bank semasa syarikat.

Baca juga: Belum Terima i-Citra Oktober? Semak Tarikh Pembayaran i-Citra Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP, sila rujuk pilihan di bawah :

    • Sila hubungi : Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) ATAU 

Boleh berhubung dengan pihak LHDN secara ONLINE:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *