Tular beberapa video yang menjadi perbualan netizen dimana dalam video berkenaan memaparkan keadaan kebersihan dan cara penyediaan makanan yang dibuat oleh sebuah restoran ternama di sekitar Kg.Baru.Dalam video berkenaan menunjukkan ayam yang diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan hanya menggunakan botol kaca untuk melenyekkan kentang serta lantai yang basah.
Diorang kata dekat komen ni dekat HR Steak House Kg. Baru. ? korang pernah pergi? pic.twitter.com/d85xUmCpKq
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Paparan video tersebut meraih orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat tahap kebersihan restoran berkenaan.Malah,mereka tidak menyangka restoran semewah itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan dalam kalangan pekerja .
Tindakan para pekerja mendapat kecaman dari warganet kerana sewajarnya mereka menyediakan makanan yang bersih kepada pelanggan bukan sebaliknya.
Weh…… pic.twitter.com/F2GY23jBgg
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Tidak berhenti setakat itu,mereka juga meminta pihak berwajib Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan pemantauan dan menyiasat isu yang telah tular itu. Menerima kecaman ramai, pemilik video berkenaan bertindak memadam video-video suasana tempat kerjanya dan menjelaskan hal sebenar.
Menurutnya, video dimana merenjiskan air ke dalam kuali panas ketika itu hanyalah salah faham kerana ia minyak yang baru ditukar sebelum mengambil video yang tular.
Kepala otak dia letak ayam macamtu. pic.twitter.com/D1wV1Fhaer
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Pemilik video juga meminta maaf atas kerana menimbulkan salah faham tetapi netizen mengatakan bukan hanya isu air yang menjadi puncanya akan tetapi isu ayam yang diletakkan di atas dapur dan kentang yang dilenyekkan menggunakan botol kaca juga antara isu yang patut dijelaskan.-onviral