Kemudahan Pengeluaran KWSP I-Sayang Dilancarkan Tahun Ini (2022)

KWSP Lancarkan i-Sayang & i- Lindung Tahun 2022

Untuk makluman anda semua , pada tahun ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang yang merupakan sebahagian usaha dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melancarkan kemudahan i-Sayang dalam pada suku pertama tahun 2022. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak KWSP untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu bahawa kemudahan yang akan diwujudkan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Kemudahan dana persaraan lain yang akan dilancarkan ialah i-Lindung dimana kemudahan ini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.Kemudahan itu sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sila layari laman web ONVIRAL untuk berita-berita semasa dan permohonan bantuan kerajaan terkini.

“Inisiatif lain yang kami terokai termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh memaksa majikan mereka menaikkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” kata Ahmad Badri dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) ke-9 2021.

“Sokongan ini lebih kepada caruman yang lebihan sukarela dimana ahli mereka membuat paksaan kepada majikan untuk meningkatkan caruman KWSP dengan kadar 11 peratus “ Katanya lagi.

Sejak penularan pandemik COVID-19, KWSP telah menawarkan beberapa kemudahan kepada pencarum antaranya i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Baca Juga : Sebab Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Anda Ditolak

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress