Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran i-Citra Sehingga RM10,000 “One-Off”
Kerajaan akan mengkaji semula secara terperinci berkaitan pengeluaran had i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Timbalan Menteri Kewangan , Yamani Hafez Musa telah mengatakan bahawa pertimbangan ini perlu diambil kira berdasarkan segala bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan dapat meringankan beban ahli KWSP.
Baca Juga : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Bulan September – Bantuan Sehingga RM1100
“Pertimbangan berkenaan kenaikkaan had pengeluaran i-Citra akan diambil kira untuk mengimbangi sama ada keperluan semasa ataupun kepentingan simpanan persaraan untuk masa depan yang dijangkakan negara mengalami penuaan penduduk dengan kadar 10 hingga 15 tahun akan datang” Dalam satu kenyataan rasmi .
Kementerian akan sentiasa mengambil kira candangan yang telah dikemukakan oleh bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib yang merupakan sebagai usaha dalam menambah alir tunai bagi setiap isi rumah yang memerlukan kewangan.
Pelbagai bantuan kerajaan yang telah disalurkan dalam bentuk kewangan kepada isi rumah yang terjejas akibat pandemik Cov-19.
Dalam masa yang sama , bentuk bantuan yang disalurkan adalah seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) , Geran Khas Prihatin (GKP) , Bantuan Khas Cov-19 (BKC) dan lain-lain lagi.