Kerajaan Sekat Akaun Bekas Suami Jika Gagal Bayar Nafkah

Untuk pengetahuan anda,  pihak Kerajaan bakal menyekat ataupun membekukan akaun bank bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri mereka.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berkata yang tindakan ini akan dibuat oleh kerajaan bagi membela kepentingan serta hak wanita yang mana ini termasuk kes mahkamah yang dimenangi mereka dapat terus dijaga kerana kebiasaannya para bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas berlakunya perceraian.

Melalui inisiatif ini, pembayaran nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami melalui potongan akaun.

“Jadi apabila kita sudah bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi pihak bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” kata Ismail Sabri lagi.

Pada 19 Mac yang lalu, Beliau telah membuat pengumuman tentang perkara ini ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sehubungan dengan itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan telah memberi kelonggaran kepada para isteri yang telah kematian suami untuk dibenarkan bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh edah.

Oleh itu kepada para suami dan juga bekas suami, silalah jangan lupa terhadap nafkah isteri dan anak-anak anda ya.

Baca Juga : BKM Fasa 1: Tarikh Bayaran Bermula 28 Mac 2022

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress