Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula November
Terkini, pihak JKM & kerajaan umum Bantuan RM200 sebulan bermula November kepada majoriti rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan B40.
Seperti yang ramai sedia maklum, kerajaan telah banyak memperuntukkan bantuan dan pakej-pakej prihatin termasuk BPR, Bantuan Bakul Makanan, i-Citra dan banyak lagi.
Bantuan Perantis Khas yang akan diberikan kepada golongan muda B40 ini adalah bertujuan untuk memberi galakkan dari segi latihan bekerja dan juga dari segi kewangan agar golongan-golongan ini mampu berdikari dan membantu menampung kehidupan seharian mereka.
Bantuan Perantis JKM RM200 Sebulan
Semakan bantuan ini sama ada lulus ataupun gagal akan dipertimbangkan oleh JKM.
Jumlah bantuan: RM200 sebulan.
Bantuan ini akan diagihkan kepada golongan B40 yang layak.
Syarat Kelayakan Bantuan
Untuk permohonan bantuan JKM ini, berikut adalah syarat kelayakannya:
-
- Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Bekas pelatih khidmat masyarakat.
- Anak-anak yang menerima bantuan ini hendaklah dari institusi kebajikan.
- Merupakan bekas pelatih perintah khidmat di Malaysia, atau;
- Kes-kes yang layak dipertimbangkan oleh JKM sendiri.
Tujuan bantuan ini adalah untuk menolong klien jabatan atau kanak-kanak yang tercicir daripada pendidikan. Dan tujuannya juga adalah untuk mendapatkan latihan kemahiran bagi bekas pelatih di institut kebajikan.
Cara Permohonan JKM
Untuk pengetahuan anda, hanya ada satu cara sahaja untuk membuat permohonan bantuan ini.
Anda hanya perlu sediakan dokumen sokongan seperti Salinan IC, Salinan IC pasangan, sijil kelahiran anak-anak, salinan penyata gaji dan dokumen sokongan yang lain.
Download borang di sini : Borang Permohonan JKM 18
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Warga Emas (RM500) JKM
Serahkan dokumen-dokumen yang dinyatakan berserta borang yang telah diisi ke pejabat JKM yang berdekatan dengan kawasan anda.
Selain itu, Anda boleh dapatkan khidmat nasihat kewangan mengenai bersama pegawai JKM yang bertugas.
Maklumat Lanjut
Pejabat JKM Daerah : Senarai Lengkap
Pejabat JKM Negeri : Senarai Lengkap
Telefon : 03-8000 8000
Permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Semoga bantuan perantis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga anda dalam mengharungi kehidupan yang lebih baik.