KeretaMyvi memang selalu dikaitkan dengan kereta paling nakal atau selalu je buat hal. Selain digelar king of the road, Myvi ni adalah jenis kereta yang tahan lasak di atas jalan. Sebenarnya bukan kereta myvi Yang selalu buat silap tetapi lihatlah pemandunya. Yelah tak pasal-pasal Myvi kena tuduh sedangkan tuannya yang buat hal.
Mungkin kereta myvi selalu dikaitkan dengan suka buat hal kerana rata-rata penduduk malaysia menaiki dan memiliki kereta Myvi memandangkan Myvi merupakan kereta yang paling laris disini.
Satu perkongsian video dari akaun pengguna @bantal_empuk20 di laman tiktok amat menarik perhatian sehingga video yang berdurasi singkat selama 15 saat ini
mendapat lebih 1.4juta tontonan dan lebih 70.5 ribu tanda suka.
https://www.tiktok.com/@bantal_empuk20/video/6907147714975321345?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973477919280711169
Mungkin kerana tersekat di dalam keadaan jalan raya yang agak teruk membuatkan Si Myvi mengambil keputusan meredah penghadang tepi jalan raya dengan kedua-dua tayar di sebelah kiri naik ke atas penghadang sambil terus berjalan.
Sabar ye Myvi, Jalan tengah sesak tu, nak potong kereta depan pun agak-agaklah ye. Tak lari gunung dikejar. Nak cepat pun tengoklah situasi dulu. Karang tak pasal-pasal
kemalangan, makin teruklah kesesakan lalu lintas nanti.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang yang mengatakan kereta Myvi memang jarang-jarang tidak menghiburkan rakyat malaysia di Media sosial. Macam-macam je karenah myvi yang kita dengar.
“Jarang-jarang MyVi tak hiburkan Rakyat Malaysia… Sentiasa menghiburkan”
“Berani kau gelakkan King Of The Road”- komen seorang netizen
“Bila la kereta ni nak masuk muzium negara”