10 Kerja Gaji Besar Tanpa SPM Yang Anda Tak Sangka

Apakah Yang Dimaksudkan Gaji Besar?

Gaji besar secara ringkasnya menerangkan jumlah upah yang diterima oleh invidividu yang bekerja melebihi daripada gaji normal yang dianggap sesuai untuk menjalani kehidupan. Ada yang menerima gaji sekitar RM3000 ke atas sudah dianggap besar.

Tapi hakikatnya, spm seringkali menjadi penanda aras masyarakat yang mendefinisikan kejayaan seseorang. Jika gagal spm, individu itu akan dipandang rendah dan memalukan imej diri dan keluarga.

Berhubungkait dengan kebanyakkan kerja bergaji besar bukan semua kerja yang diberi upah lumayan ini memaksa pemohon itu wajib memiliki SPM yang cemerlang bahkan ada yang tidak mempunyai SPM dan cuma sekadar UPSR semata-mata.

Namun atas kegigihan untuk mengubah kehidupan , golongan sebegini reda dan mencuba jenis pekerjaan yang memerlukan dedikasi tinggi dan berkat kesabaran sehingga mereka mampu menerima upah berlipat kali ganda sehinggakan tiada limit.

ONVIRAL akan sediakan 10 jenis kerja bergaji besar yang tiada siapa sangka.

10. Agen Takaful & Insurans

Bekerja dalam bidang ini, tidak memerlukan kelayakkan tertinggi sama sekali. Namun, kerja keras dalam mengejar pelanggan amat dititikberatkan. Apatah lagi, apabila berkaitan persediaan sebelum kemalangan atau kematian.

Di Malaysia ni, berapa ramai yang sudah terhantuk baru nak tergadah. Bila senang lenang tak pernah ingat untuk sediakan payung sebelum hujan. Di kemudian hari, jika kemalangan tak tahu darimana nak mendapatkan kos rawatan. Masa tu, ibarat jatuh ditimpa tangga lah jawabnya. Maka itu wujudlah agen-agen seperti ini mencari rezeki dan dalam masa yang sama persiapkan kelengkapan seandaian perkara yang tak diingini berlaku.

Bekerja dalam sektor ini akan diberi upah secara komisen dan lazimnya tanpa gaji pokok namun tiada limit tentang berapa banyak pun anda berjaya mendapatkan pelanggan.

9. Agen Hartanah

Anda pasti pernah dengan gelaran broker tanah takpun broker rumah. Skop kerjanya anda perlu uruskan jual beli hartanah antara pembeli dan penjual. Anda sebagai pengantara yang mencari pembeli dan mempromosikan jenis hartanah mahupun rumah kepada pelanggan yang berpotensi membeli.

Komisen pula dikira berdasarkan peratus setiap rumah sama ada setelah dibeli atau disewakan dan berapa banyak rumah anda berjaya bereskan.

Komisyen antara 2% – 6% anda boleh dapat. Kalau dapat jual tanah lagi besar anda boleh dapat. Apatah lagi kalau anda libatkan diri dalam sub-sales iaitu anda jualkan rumah orang lain. Secara asasnya nak jual rumah ini ada 2 jenis iaitu:

    • Projek – Projek perumahan/kedai yang belum buat, sedang dibina.
    • Sub-Sales – Anda tolong owner rumah untuk jual rumah ke pemilik baru. Anda jadi orang yang menguruskan.
    • Sub-Let – Anda tolong sewakan rumah owner kepada pelanggan anda.

8. Operator Pelantar Minyak

Tak pernah disangkalkan lagi, bila sebut tentang Oil and Gas. Berkobar-kobar sesiapa yang mendengar bila seseorang terdekat dengan mereka bekerja di pelantar minyak. Gaji lah sesuatu yang dibayangkan diminda mereka.

Sekurang kurangnya mereka mesti ada kereta dan rumah besar dua tiga bijik.

Namun, mendapatkan jawatan ini memerlukan pengalaman dan skill yang tinggi meskipun terdapat latihan yang diberikan.Ini kerana ia sangat berbahaya dan memaksa kita mengorbankan sebahagian besar masa kita dari bersama dengan keluarga untuk berada dipelantar minyak tak kira diMalaysia ataupun di perairan antarabangsa atau lebih ringkas lagi ditengah tengah laut.

Sebarang situasi kebakaran selalunya amat digeruni sesiapa yang bekerja disana.Tetapi jika niat untuk bekerja kerana Allah dan mendapatkan rezeki untuk keluarga dikampung Insyallah segalanya akan dipermudahkan.

7. Artis, selebriti & influencer

Ini pekerjaan yang paling santai.

Memiliki suara yang merdu atau wajah yang cantik dan kacak anda boleh memiliki jumlah pengikut dan peminat dalam media sosial. Bukan itu sahaja anda juga boleh menyertai program mencari penyanyi ataupun model untuk mempromosikan diri anda.

Baca juga – Mohon Kerja Kosong Melalui Portal Rasmi Kementerian | Login MyFutureJobs Perkeso

6. Wakil Jualan Kereta Honda

Kerja sebegini tentu sekali tak memerlukan tahap pendidikan tertinggi. Namun pengalaman dan skil memujuk pelanggan aspek paling kritikal dalam bidang ini. Kelebihan paling menarik bekerja sebagai wakil jualan kereta ini ialah komisen yang anda akan terima TIADA BATAS.

Lagi banyak kereta anda jual lagi banyak jumlah komisen anda boleh raih.

Kenapa kami memilik kereta Honda ialah jenama kereta yang terhangat dipasaran Malaysia. Sebuah jenama import yang boleh dianggap mempunyai harga rendah dengan tahap prestasi terbaik. Pekerja atau fresh graduate yang berpendapatan sehingga RM3000-RM8000 selalunya memilih jenama kereta ini kerana harga jual balik yang mahal, jimat minyak dan dilihat sederhana mewah.

 

5. Pemandu Lori

Pemandu lori ialah individu yang bertanggungjawab untuk menghantar kargo yang besar dan berat dengan kenderaan bertayar besar.

Tanpa pemandu lori, siapa yang menjalankan tugas penghantaran barangan berat dengan perjalanan jauh.

Untuk bekerja sebagai pemandu lori sememangnya tidak memaksa anda belajar sehingga ke tahap paling tinggi. Namun, anda wajib memiliki lesen memandu komersial (CDL) untuk memandu kenderaan dengan berat lebih dari 26,000 paun.

Manakala umur pula wajib lebih dari 21 tahun untuk memandu trak dan tidak mempunyai masalah dalam memahami jalan raya diseluruh negeri dan rekod pemanduan pula harus bersih tanpa jenayah atau salahlaku.

Terdapat latihan diberikan mengikut syarikat yang menawarkan jawatan kerja tersebut. Umum mengetahui, kerja sebegini kebanyakkannya dikuasai golongan lelaki. Namun, jawatan ini tidak terhad kepada satu gender sahaja. Para wanita juga boleh bekerja dalam bidang ini dan bahkan ada yang sudah berpengalaman bertahun-tahun.

4. Jual Barang Online

Zaman hari ini, segalanya boleh dibeli dihujung jari. Tak perlu lagi ke pusat beli belah. Banyak platform disediakan untuk para penjual menjalankan perniagaan mereka untuk perdagangkan ke pembeli. Contohnya Shopee, Lazada dan banyak lagi.

Senang! Tak payah lagi nak bayar tapak dengan pelbagai lagi.

3. Pemandu Teksi Grab

Kereta mahal-mahal tetapi bawa keuntungan. Kan rugi.

Jika anda mempunyai masa lapang dan ada kereta bolehlah mencuba sebagai pemandu Grab. Dapatkan pendapatan tambahan dengan hanya menghantar penumpang ke destinasi yang mereka dingini.

Keuntungan boleh dilihat setiap hari berapa yang anda sudah raih.

Jika pendapatan tambahan ini boleh memberi banyak duit. Lebih baik anda jadikan sebagai full time.

2. Penjual produk kosmetik

Salah satu permintaan produk tertinggi di Malaysia adalah produk kosmetik. Jadi anda bolehlah ambil peluang ini dengan menjual barangan kosmetik buatan anda sendiri dalam Malaysia.

Sekiranya produk anda terkenal dan diminati ramai, anda boleh cuba meluaskan pasaran anda sehingga ke pasaran antarabangsa.

1. Kerja di Singapura

Ini kerja gaji besar yang popular bagi warga Johor dan juga anak rantau yang datang ke Johor Bahru. Kerja di Singapura, gaji lebih besar.

Walaupun Singapura berada bersebelahan dengan Malaysia, nilai mata wang mereka adalah lebih tinggi susulan daripada kemajuan ekonomi mereka.

Ramai rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Johor mengambil peluang untuk bekerja di Singapura oleh kerana pulangan gajinya yang menjadi tinggi apabila ditukarkan kepada mata wang Malaysia. Anda bolehlah cuba memohon pekerjaan di Singapura sekiranya berminat.

Ramai tak tahu, ada banyak kerja kosong di Singapura. Cuma kerja agak penat sedikit, namun pasti berbaloi dengan tukaran wang yang lebih besar.

Akhir Kata

Spm bukanlah penentu kejayaan seseorang. Sesiapa pun boleh meraih kehidupan yang baik dan berkualiti di masa hadapan jika mereka bersungguh mengubah realiti kehidupan mereka sekarang.

Gaji tinggi bukanlah untuk orang yang berpelajaran tinggi saja. Namun, jangan memandang remeh terhadap SPM. Ia tetap kemestian untuk mendapatkan tahap kecemerlangan tapi bukan semata mata demi gaji tinggi tapi kerana ilmu.

Semoga bermanfaat.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress