Mohon Kerja Kosong Melalui Portal Rasmi Kementerian | Login MyFutureJobs Perkeso

MyFutureJobs telah dibuka semula para majikan, graduan, pelajar dan penganggur untuk mencari pekerja, jawatan kosong dan latihan industri dengan menikmati pelbagai jenis insentif yang ditawarkan oleh PERKESO.

Berikut kesan wabak Covid19 yang telah berlaku, program ini telah diwujudkan bagi meransang tahap persaingan dalam pelbagai sektor dengan peluang pekerjaan yang dibuka secara besar besaran dan kompetetif.

Apa Itu MyFutureJobs PERKESO?

MyFutureJobs ialah sebuah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Program ini diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui National Employment Services.

Insentif kewangan telah diperuntukkan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Anda akan mempunyai peluang untuk membina kerjaya pilih mengunakan portal ini tak kiralah separuh masa atau sepenuh masa.

Bagaimana Cara Daftar MyFutureJobs?

  1. Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  2. Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  4. Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  5. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFuture Jobs atau maklumat lanjut boleh hubungi atau layari:

    • No. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300
    • Emel: myfuturejobs@perkeso.gov.my
    • Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my

Cara Memohon Pekerjaan Melalu MyFutureJobs

Carian jawatan kosong boleh dibuat berdasarkan perincian dibawah:

    • Jenis pekerjaan
    • Lokasi
    • Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)

Apakah Kelebihan & Manfaat Pencari Kerja 2022

Anda juga akan mendapat Elaun Mencari Pekerjaan jika anda menghadiri temuduga!

Peluang ini juga terbuka kepada individu menganggur yang bukan pencarum PERKESO, termasuk graduan baru, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal untuk mencari pekerjaan melalui SIP GIG 2022 dan JAMINKERJA 2022.

Permohonan kini dibuka mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022. Mohon sekarang di https://jaminkerja.perkeso.gov.my

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:
Talian Khidmat Pelanggan: 1 300 22 8000
Emel: perkeso@perkeso.gov.my

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress