Sering tampil seksi ,siapa saja yang tidak boleh meneka.Pelakon hebat Sharifah Sakinah yang sering sahaja dikaitkan dengan gosip kontroversi kehidupan mahupun kerjayanya.Umum mengetahui melalui perkongsian seharian Sharifah di Insta Story nya, Sharifah dilihat bergiat aktif dalam program ‘fitness’ dan membantu ramai khususnya wanita mendapatkan khidmat beliau sebagai ‘fitness coach’.
Baru-baru ini, perkongsian Insta Story Sakinah menjadi perhatian apabila pelakon itu memberitahu dia akan mula menapis pengikut di Instagram.
Menerusi entri tersebut, Sakinah ada memuat naik paparan dia menerima ‘request’ daripada sejumlah pengguna IG untuk menjadi ‘followers’.
“Saya akan tapis request ya. Kalau lelaiki saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat,” katanya.
Tambah Sakinah lagi, Yang nak ilmu sila follow tapi kalau nak ‘follow’ jangan menghakimi saya.
Mungkin sudah lama muak dengan toxic people dan seringkali disekolahkan oleh jabatan netizen, Sharifah bersuara sedemikian sebelum ada yang lebih menerima kecaman dalam kerjayanya.-onviral