Ketahui Kaedah Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Para ibu bapa selalunya akan menjadikan TABUNG HAJI sebagai pilihan yang utama dalam peyimpanan wang anak-anak. Tabung Haji bukan sahaja banyak kebaikan dan kelebihan dalam penyimpanan wang malah boleh mendaftar awal untuk menunaikan Fardhu Haji.

Pembukaan untuk akaun kanak-kanak Tabung Haji sangat mudah dan ia boleh dilakukan di kesemua cawangan Tabung Haji di seluruh negara.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui kaedah permohonan lain serta bantuan daripada pihak kerajaan selain berita-berita semasa.

Baca juga: BKM – Tarikh Bayaran Pertama (Dibayar 4 Kali Setahun)

Syarat – Syarat Pembukaan Akaun Kanak-kanak Tabung Haji

    1. Kanak-kanak mestilah berumur bawah 18 tahun mengikut tarikh lahir.
    2. Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
    3. Penjaga merupakan pendeposit Tabung Haji dan warganegara Malaysia.
    4. Penjaga perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/ bapa tiri).

Syarat – Syarat Menjadi Pendeposit Tabung Haji

Anda harus memiliki dua (2) syaarat di bawah untuk menjadi pemegang akaun Tabung Haji:

    1. Beragama Islam dan waras.
    2. Warganegara Malaysia.

Senarai Dokumen Penting Semasa Pendaftaran

Sila sediakan dan bawa senarai dokumen yang diperlukan seperti di bawah bagi tujuan pemprosesan pembukaan akaun kanak-kanak di mana-mana cawangan bank Tabung Haji:

    • MyKad ibu/ayah.
    • Sijil Kelahiran atau MyKid anak.
    • Minimum RM10 untuk didepositkan ke dalam akaun Tabung Haji.

Kaedah Pendaftaran Akaun Anak di Tabung Haji

  • Langkah 1:

Sila Pergi ke kaunter untuk dapatkan borang. Terdapat tiga(3) borang yang perlu di isi seperti di bawah:

  • Langkah 2:

Kemudian ambil nombor giliran di kaunter Tabung Haji.

  • Langkah 3:

Pastikan cap jari anda elok supaya tiada masalah semasa pendaftaran nanti

Kebaikan Menyimpan Di Tabung Haji

Kebaikan dan kelebihan  membuat simpanan di Tabung Haji diantaranya adalah sperti di bawah:

    • Dijamin 100% oleh kerajaan.
    • Dikecualikan daripada bayaran cukai.
    • Dibayar zakat 2.5%.
    • Tiada had Simpanan di Tabung Haji.
    • Simpanan yang berlandaskan syariah Islam.

Penukaran Status Akaun Anak Apabila Cukup Umur

    • Penjaga adalah dinasihatkan untuk menukarkan status akaun anak di bawah jagaan yang telah berumur 18 tahun ke atas daripada akaun kanak-kanak ke akaun dewasa.
    • Penukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji dengan permohonan daripada penjaga akaun kanak-kanak tersebut.
    • Selagi akaun itu masih lagi berstatus akaun kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak tersebut melebihi 18 tahun.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun memerlukan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran akaun Tabung Haji untuk anak anda, sila hubungi saluran di bawah:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

    • Telefon: +603 – 6207 1919
    • Faks: +603 – 7728 4959
    • Emel : th-info@lth.gov.myATAU

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Baca Juga : Tak Mampu Nak Bayar Bulanan Rumah, Sekali Kawan Bagitahu…..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress