Ketahui Punca Migrain Dan Cara Rawatannya

10 Punca Migrain 

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Semasa serangan migrain, seseorang itu akan mengalami sakit berdenyut-denyut yang sederhana hingga yang amat sangat pada sebelah bahagian kepala, namun satu pertiga serangan melibatkan keseluruhan bahagian kepala. Malah ada juga simptom atau punca lain migrain yang anda perlu tahu.

1. Aura

Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya di mata, ada garisan cahaya namun berbeza mengikut orang. Ada yang berbentuk zigzag. Aura tidak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.

2. Rasa Tertekan

Orang migrain akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain menjadi lebih teruk.

3. Kurang Tidur

Orang yang migrain tidak dapat tidur dengan lena, dan bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau sukar untuk tidur kerana kesan dari migrain. Kurang tidur juga adalah salah satu punca mingrain.

4. Hidung tersumbat atau mata berair

Sesetengah Orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersebut, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata. Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.

5. Keinginan makan yang tinggi

Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.

Rawatan Migrain 

6. Sakit berdenyut di sebelah atau di kedua-dua belah kepala

Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

7. Sakit belakang mata

Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan mata letih tapi sebenarnya ia tanda sakit kepala dan migrain.

8. Sakit Tengkuk

Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

9. Kerap kencing

Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain.

10. Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau

Antara punca migrain yang lain adalah disebabkan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.

Cara merawat migrain:

– Ubat-ubatan:

  • Triptan yang diambil secara makan bersama NSAIDs atau paracetamol – Triptan tidak sesuai bagi pesakit jantung atau darah tinggi yang tidak terkawal serta boleh berinteraksi dengan ubatan lain seperti ubatan bagi masalah mental. Oleh itu, ubat ini haruslah diambil dengan priskripsi doktor bertauliah sahaja

  • Ubat tahan muntah (anti-emetics) – ia juga membantu meskipun pesakit tidak mengalami simptom mual atau muntah

  • Selain itu, bagi wanita yang menghidap masalah ini sebelum menstruasi boleh dibantu dengan ubatan yang diambil pada hari yang dikenalpasti akan berlakunya migrain dengan mengira tarikh menstruasi berdasarkan kitaran haid.

– Bukan ubatan:

  • Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala

  • Bernafas di dalam beg kertas – karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala

  • Supplement riboflavin

  • Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubatan atau tidak sembuh dengan ubatan, terdapat sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan sesi akupunktur untuk membantu pesakit.

  • Bagi wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, jenis pil yang sesuai haruslah dirujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya pil yang anda ambil menyebabkan masalah ini.

Mengapa Orang Bangun Sebelum Subuh Selalunya Sukses?

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress