Untuk Pengetahuan Rakyat Malaysia, terdapat kes permohonan untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 telah ditolak. Mengapakah ini berlaku? Tentu ada sebab – sebab yang relevan Kenapa permohonan anda itu tidak diluluskan.
Pengeluaran Khas KWSP adalah bertujuan membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Baca Juga : Perintah Gaji Minimum RM1500 Bakal Dilaksana Pada Hari Pekerja
Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan
-
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas
Untuk makluman anda, bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 pencarum terlebih dahulu. Simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan sekiranya ia tidak mencukupi.
Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:
gambarajah
Sebab mengapa ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100
Perlu diingat bahawa simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 pencarum. Ini adalah agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.
Sebab Banyaknya Permohonan RM10,000 KWSP Tidak Diluluskan
Sebenarnya agak ramai juga pencarum yang tidak dapat memohon permohonan RM10,000 KWSP. Jika dilihat di laman web pengeluaran khas, pihak mereka telah menjelaskan yang permohonan tidak dapat diteruskan kerana baki dalam akaun kwsp kurang daripada RM150. Anda harus ingat bahawa KWSP adalah tempat simpanan yang kita kumpul untuk kegunaan selepas bersara, jadi sekiranya baki adalah kurang daripada nilai yang sepatutnya, ini akan menjejaskan keahlian KWSP pencarum. Baki di dalam akaun KWSP tidak mencukupi dan tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan.
Anda tidak layak kerana ahli perlu untuk mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1 serta baki akaun 2 kurang daripada RM50.
Tarikh bayaran Pengeluaran Khas
Pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat bermula 20 April 2022.
Cara pembayaran Pengeluaran Khas
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Pembayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Sila pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
-
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
NOTA PENTING:
-
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Cara Melakukan semakan jumlah simpanan KWSP
Kesemua ahli yang mahu melakukan permohonan boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
-
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
- Kios KWSP
Cara Melakukan semakan status terkini permohonan Pengeluaran Khas
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
-
- Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
- Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Baca Juga : e-Pemula : Kerajaan Umum Bantuan Sebanyak RM 150 ! Semak Status & Cara Permohonan Sekarang