Baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi telah memuat naik gambar batu Hajar Aswad yang terletak di sudut Ka’abah dengan jarak dekat dan berselolusi tinggi serta tidak pernah lagi ditunjukkan secara umu sebelum ini.
The General Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques mengatakan, gambar batu suci itu diambil dengan teknik yang baharu dengan menggunakan konsep ‘panorama fokus bersusun’.
Menurut laporan Alarabiya, kira-kira 7 jam yang diperlukan unutk membidik sebuah gambar batu tersebut dalam kadar resolusi paling tinggi. Dalam masa yang sama saiznya yang berukuran sehingga 49,000 megapiksel serta memerlukan tempoh waktu yanglama sehingga 50 jam mengembangkannya.
Difahamkan lagi ia adalah paparan gambar Hajar Aswad buat pertama kalinya paling terperinci yang dimuat naik oleh pihak kerajaan Arab Saudi. Hajar Aswad pada asalnya berwarna putih namun kini kelihatan hitam kemerahan dan bentuknya agak lonjong dan saiz diameter mencapai sehingga 30 sentimeter serta berada di penjuru Ka’abah.
Difahamkan ini adalah paparan foto Hajar Aswad paling terperinci yang dikongsikan pihak kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya. Hajar Aswad pada asalnya berwarna putih, namun kini kelihatan hitam kemerahan. Bentuknya agak lonjong dan saiz diameternya mencapai sehingga 30 sentimeter. Ia diletakkan di penjuru Ka’bah.