KIOSK KWSP KUALA LUMPUR : Lokasi & Servis Di Tawarkan

Senarai kiosk KWSP Kuala Lumpur. KWSP adalah satu sistem simpanan wang untuk mereka yang bekerja. Ia bertujuan untuk simpanan sewaktu hari tua nanti. Jika tidak ada simpanan, mungkin sukar untuk kita meneruskan kehidupan selepas kita bersara nanti. Justeru itu, dengan adanya KWSP kita dapat menggunakanya untuk perbelanjaan harian selepas bersara nanti. Bukan itu sahaja, dengan KWSP kitab oleh malkukan pelbagai transaksi seperti, membuat pembayaran pendidikan, bayaran bulanan rumah dan sebagainya.

KIOSK KWSP KUALA LUMPUR

Ada Beberapa Senarai Kiosk KWSP Kuala Lumpur Yang Perlu Anda Tahu

Bukan itu sahaja, dengan KWSP juga kita boleh gunakan sebagai bukti untuk membuat pinjaman dengan pihak bank. Justeru itu, KWSP sangat penting bukan sahaja selepas bersara nanti tetapi juga sangat penting buat masa kini. Biasanya, untuk urusan KWSP kita perlu pergi ke pejabat KWSP di daerah kita. Tetapi ada pejabat kwsp yang jauh dari tempat kita. Namun begitu, untuk urusan KWSP anda boleh terus kiosk KWSP. Ada beberapa senarai kiosk KWSP Kuala Lumpur yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

1-    KWSP Kepong

Alamat:

No. 1 & 3

Jalan Laman Rimbunan Raya 1

Laman Rimbunan

52100 Kepong, Kuala Lumpur

Waktu operasi:

Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM

2-        KWSP

Seri Petaling

Alamat:

No. 2, Jalan Radin Bagus 6

Bandar Baru Seri Petaling

57000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM

3-    KWSP Jalan Raja Chulan

Alamat:

Ground Floor, Mezzanine & Level 1

Bangunan KWSP Changkat Raja Chulan

Off Jalan Raja Chulan

50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Setiap Hari: 8.30AM – 9.00PM

4-    KWSP Kuala Lumpur

Alamat:

Ground Floor KWSP Building

Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Setiap Hari: 8.30AM – 9.00PM

5-    KWSP Wangsa Maju

Alamat:

No. 32A, Dataran Wangsa

Wangsa Melawati

53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM

Apa Perkhidmatan yang Ditawarkan Dalam Kiosk KWSP??

Sebenarnya, di kiosk KWSP ini ada bermacam perkhidmatan yang boleh anda gunakan. Walaupun, ia menawarkan perkhidmatan yang ringkas tetapi ia sangat membantu anda.

Mana tidaknya, untuk perkhidmatan ringkas sebegini anda tidak perlu membazirkan masa dengan beratur panjang dan menunggu giliran yang terlalu lama terutama sewaktu waktu puncak.

Bukan itu sahaja, anda pun tidak terasa penat kerana beratur panjang. Sangat mudah dan sangat menjimatkan masa. Selain itu, untuk mereka yang sibuk bekerja pun anda tidak perlu risau kerana ada antara senarai kiosk KWSP yang saya senaraikan tadi beroperasi pada setiap hari dan ada yang beroperasi sehingga 9 malam.

Ada beberapa perkhidmatan yang di tawarkan dalam kiosk KWSP antaranya ialah:

  • Untuk mengaktifkan nombor TAC bagi tujuan pendaftaran I-akaun
  • Pendaftaran Ahli
  • Membuat pendaftaran i-Akaun
  • Cetak/ semak penyata KWSP
  • Semak/Kemaskini Profil KWSP

Senarai Kiosk KWSP Kuala Lumpur Dapat Membantu Anda Yang Tinggal Di Kuala Lumpur Untuk Mencari Kiosk KWSP

Kesimpulanya, dengan senarai kiosk KWSP Kuala Lumpur yang kami kongsikan ini, di harapkan dapat membantu anda yang tinggal di Kuala Lumpur mencari kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk memudahkan urusan KWSP anda. Bukan itu sahaja, ia secara tidak langsung sangat membantu anda dan anda tidak perlu membazirkan masa anda untuk mencari kiosk KWSP yang jauh dari tempat anda. Untuk senarai kiosk Kwsp di tempat lain, anda boleh klik di sini

Baca Juga: Semak Saman JPJ dan PDRM Dengan MyEG

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress