Kiosk MySejahtera Akan Dibuka Untuk Membantu Rakyat

Sejak kebelakangan ini rakyat banyak menerima masalah ketika mengunakan aplikasi Mysejahtera. Bila menghubungi helpdesk di Mysejahtera, ada yang tidak menyelesaikan masalah.

Bagi membantu permasalahan ini, kerajaan telah melaksanakan inisiatif baru iaitu dengan mewujudkan kiosk bantuan untuk pengunaan Mysejahtera pada tempoh tertentu dan pada lokasi yang akan dinyatakan diartikel ini. Anda boleh melawat kiosk ini yang mengemukakan sebarang pertanyaan.

Isu Pengunaan Mysejahtera

Permasalahan yang boleh ditanya di kiosk Mysejahtera:

  • Masalah untuk login akaun
  • Gagal klik mana-mana butang
  • Soalan berkaitan pendaftaran vaksin kanak-kanak
  • Kesalahan masukkan nombor kad pengenalan/ pasport untuk pendaftaran vaksin tanggungan
  • Soalan berkaitan pertukaran jenis vaksin
  • Masalah hapus akaun & akaun baru
  • Soalan berkenaan penerimaan dos di dalam dan luar negara
  • Berkenaan status MySejahtera
  • Janji temu vaksinasi penggalak
  • Laporan keputusan makmal setelah disahkan positif Covid-19
  • Kategori risiko/ penilaian kesihatan
  • Masalah mengimbas kod QR atau daftar masuk
  • Atau hal-hal lain berkaitan

Lokasi & Tarikh Kiosk Bantuan Mysejahtera

Buat masa ini, Kiosk bantuan ini dibuka di 2 lokasi iaitu:

  1. World Trade Centre (WTC) KL
  2. Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam

Dokumen Yang Perlu Dibawa

  1. Kad vaksinasi fizikal
  2. Kad pengenalan
  3. Dokumen vaksinasi daripada luar negara
  4. Passport
  5. Surat Pengesahan tamat HSO
  6. Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara
  7. Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara
  8. Dokumen VTL (Udara & air)

5. Maklumat Lanjut

Sila rujuk ke bahagian HelpDesk MySejahtera atau rujuk panduan lanjut pada artikel berikut:

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress