Kisah Sedih dihujung hayat Seniman Negara P Ramlee. Adakah dia Hidup Merempat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. HAKIKAT SEORG ANAK SENI P RAMLEE. SEDIH PENGAKHIRANNYA.

Oh P. Ramlee…

PADA penghujung kariernya, allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh (22 March 1929 – 29 May 1973) atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat banyak kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang mengatakan KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling menyedihkan buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah atau berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk membuat pinjaman wang.

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat showdan menyanyi, bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka, akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang pelakon Aziz Sattar.

“Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka, saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sehingga hanya makan nasi dengan berlauk telur.

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia, Al-Fatihah.

(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Kredit Ismail Mael

Perberzaan Gelaran Tan Sri dan Datuk

Siapa kata P.Ramlee hidup ‘merempat’?

SINGAPURA: Mata saya tertumpu melihat gambar segak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee siap bertengkolok di muka depan akhbar Berita Harian Singapura pada Rabu.

“Siapa kata P. Ramlee hidup ‘merempat’? Muka 10.” Masthead akhbar itu membariskan tajuk itu bersama dua lagi tajuk menarik untuk tatapan pembaca.

Laju tangan saya menyelak akhbar itu untuk membaca apakah jawapan sebenar tentang penghujung kehidupan anak seni yang nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang digembar gembur akhir-akhir ini.

‘Menunggu Hujan Teduh’ terbaik Anugerah Tribute P Ramlee 2014
EKSKLUSIF SIRI SATU: Laporan khas Pustaka Peringatan P Ramlee – Memori legasi seni seniman agung
Sejauh mana benarnya dakwaan yang menjadi ‘viral’ dalam media sosial bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee hidup merempat?, penulis akhbar berbahasa Melayu itu Nur Dhuha Esoof memulakan tulisannya.

Menurut penulis itu, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbitan Metrowealth International Group, Mejar David Teo mengenai seniman tersohor itu baru-baru ini menarik reaksi hebat daripada penggiat seni di seberang Tambak dan tanah air.

Sehinggakan penulis lirik mapan Singapura, Yusnor Ef tampil untuk berkongsi pendapat beliau akan kenyataan Teo.

Yusnor menganggap Allahyarham P. Ramlee sebagai rakan karib dan mentornya dipetik sebagai berkata mungkin niat Teo baik cuma contoh yang diberikan kurang sesuai.

p ramlee

“Beliau menggunakan seorang seniman besar yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri filem dan muzik sebagai contoh. Tak kenalah beliau memberi contoh itu,” Yusnor dipetik sebagai berkata.

Beliau yang tersinggung dengan kenyataan Teo menambah: “Saya berguru dengan P.Ramlee. Beliau kata karya adalah satu daripada kerja Tuhan, buat sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran. Beliau tidak jadikan duit satu matlamatnya.”

Yusnor juga berkata P.Ramlee tidak hidup melarat seperti yang dilaporkan.

“Beliau ada rumah, ada kereta. Beliau hidup selesa tapi taklah macam artis sekarang. Kalau bandingkan beliau dengan jutawan, saya rasa tak kena,” kata Yusnor.

Akhbar itu juga memetik tulisan pelakon dan pengarah Melissa Saila yang juga anak pelakon veteran Mariani dan anak saudara Biduanita Negara Saloma, yang juga isteri kepada P.Ramlee, di Facebooknya.

“P. Ramlee mungkin miskin di penghujung hidupnya, namun beliau menjadikan hidup orang lain ‘kaya’ dengan karya-karyanya,” tulis Melissa.

“P. Ramlee seniman, bukan ahli perniagaan yang cuma nak kaut duit. Beliau tak kaya harta tapi bukan papa kedana. Cuma beliau tak sayang duit sampai nak bawak kat lubang kubur dan tak reti nak kayakan diri tapi kayakan seni.”

Selain Melissa, akhbar itu juga turut memetik kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan pengarah, pelakon dan pengacara Afdlin Shauki yang turut tidak bersetuju dengan kenyataan Teo.

Sebuah portal menyiarkan kenyataan Teo yang berpesan kepada artis supaya mementingkan sumber kewangan berbanding populariti dalam bidang seni dengan beliau membandingkan kehidupan P. Ramlee yang susah ketika di penghujung usia.

Di muka surat 10 ruangan GAH! yang sama, akhbar Singapura itu turut memuatkan kenyataan Teo yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya terhadap Seniman Agung itu.

Memetik mStar Online, akhbar itu berkata Teo yang berada di Beijing, China membuat kenyataan secara bertulis menerusi laman web rasmi Metrowealth pada Julai 11.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya  kaum keluarga Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang.

Filemnya di ulang siar beribu kali.

Saya dan keluarga masih tertawa walau telah menonton berulang-ulang kali salah satu filem arahan P.Ramlee iaitu Bujang Lapok.

Malah dialog-dialog lucu antara ‘Ramli, Sudin dan Ajis’ itu boleh diingati dengan mudah hingga kini.

Belum lagi bait bait puitis lagu yang menyentuh hati nyanyian beliau yang mungkin menyamai pengorbanan beliau dalam dunia seni selama ini.

“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, kepentingan sendiri, tidak diingini, bahagia kekasih, saja yang diharapi.”

Info Wiki P. Ramlee

Related Posts

Comments are closed.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress