Kisah Seram Pulau Nikumaroro Buat Anda Batalkan Niat Bermalam Di Sini

“Pulau Nikumaroro”, pernahkah anda mendengar nama pulau ini dan mendengar kisah tentangnya? Pulau ini terletak di bahagian kepulauan Phoenix, Kiribati, di barat lautan Pasifik.

Kawasannya nampak cantik, menarik dan amat tenang serta bentuk yang mengagumkan dari pandangan udara, akan tetapi, para pelancong tidak digalakkan pergi kesana apatah lagi jika mahu bermalam di kawasan pulau atas beberapa sebab. Seorang pemuda yang bernama Hafizuddin telah berkongsi tentang kisah pulau ini menerusi laman Tiktoknya yang merungkai sebab-sebab pulau Nikumaroro ini tidak pernah didiami manusia?

@hafizuddinmuhd18

Jangan pernah tidur di Nikomaroro Island#shouldbeme #foryoupage #fyp #tiktokmalaysia #tiktok #tiktokguru #learnontiktok

♬ Oh No – Kreepa

Berdasarkan perkongsian dalam video yang tular tersebut, Hafizuddin mendakwa yang pulau Nikumaroro suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan serta perhatian dunia setelah berlakunya tragedi kehilangan seorang juruterbang wanita dimana kapal terbang yang dipandu telah terhempas di kawasan pulau tersebut.

Pencarian kehilangan mungkin telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi tidak berjaya. Setelah bertahun lamanya kisah tersebut sepi tanpa sebarang cerita, seorang ahli forensik telah membuat pengesahan bahawa tulang mayat yang pernah dijumpai di pulau Nikumaroro adalah milik juruterbang wanita tersebut.

Teori yang dirungkai mendapati, mangsa dikatakan terlena di tepi pantai setelah tersadai di pulau itu. Namun, mayat mangsa dipercayai telah dihancurkan oleh ketam besar yang bersaiz gergasi yang menjadi penghuni pulau tersebut.

Penghuni pulau Nikumaroro iaitu Ketam bersaiz gergasi yang dipercayai menjadi sebab kehilangan seorang juruterbang wanita

Adakah  tulang-tulang manusia yang dijumpai tersebut merupakan tulang Juruterbang wanita yang hilang? Hingga kini, kesahihan teori tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress